Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Aldo Compatto Stroller. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aldo Compatto Stroller. Papar semua catatan

09 Mei 2016

Aldo Compatto Baby Stroller Untuk Kaki Travel

Aldo Compatto Baby Stroller Untuk Kaki Travel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ha... macam tak percaya kan.  Kaki travel di luar sana pastinya tercari-cari Baby Stroller yang sesuai untuk baby mereka ketika berada di luar kawasan.  Tidak sukar sebenarnya mencari Baby Stroller yang memenuhi keperluan kaki travel.  Mengapa?  Kerana kini terdapat banyak pilihan, selain daripada pilihan warna yang menarik, ketahanan baby stroller juga memainkan peranan penting.

Berikut adalah antara contoh baby stroller yang bakal menjadi pilihan ramai, bukan sahaja kepada kaki travel tetapi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.





Ada Apa Dengan Aldo Compatto Stroller


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa ke dalam kapal terbang.  Dengan rekabentuknya yang ringkas, ringan serta mudah dikendalikan, Aldo Compatto adalah jenama baby stroller yang pasti menjadi pilihan ramai.


Selain itu, jika anda tidak mahu kereta anda sempit disebabkan baby stroller. Aldo Compatto ada jawapannya.



Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa Rekaan baby stroller


Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO.  Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh lipat dan buka
dengan satu tangan.


Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?


Apa yang dimaksudkan dengan kotak di atas bukanlah kotak kasut atau kotak peralatan mainan baby, tetapi ianya merupakan beg Baby Stroller Aldo Compatto.  Sudah tentu semua orang pun suka dengan benda yang besar tetapi boleh disimpan dalam beg yang kecil... seperti Baby Stroller Aldo Compatto.  Memang sesuai sangat dengan gaya hidup zaman sekarang yang sentiasa 'on the go' .


Antara kandungan dalam 'kotak' berkenaan adalah:
  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang kami suka!


Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak.  Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

  


Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan


Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang di dalam kereta.



Dimana hendak beli?


Saya rekemen anda beli Aldo Compatto di The Baby Store 

Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang anda belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau...





Maklumat lanjut mengenai Baby Stroller Aldo Compatto boleh didapati di The Baby Store.

Pilihan yang terbaik ditangan anda.  Dapatkan Aldo Compatto Baby Stroller segera sementara tempoh promosi sedang berlangsung.  Aldo Compatto Baby Stroller Untuk Kaki Travel dan juga untuk ibu dan bakal ibu yang sedang mencari baby stroller yang sesuai.