5 April 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway  Sampul Raya Hipster


Sampul raya.  Menarik.  Sampul untuk masukkan duit raya.  Memori terindah setiap kanak-kanak setiap kali tibanya hari raya.  Zaman kita kanak-kanak dulu jarang sangat nak dapat sampul raya, selalunya dapat duit terus jer dari tangan pakcik dan makcik.  Kita pun boleh terus nampak berapa banyak yang kita dapat... 20 sen atau 50 sen tu dah kira banyak.  Seringgit tu kadang-kadang, lebih dari tu... sikit-sikit.  Apa pun memang seronok dapat duit raya boleh buat menabung.  Itu cerita zaman kita dulu-dulu lah... sekarang ni dah berubah, seiring dengan perubahan masa dan zaman.  

Sekarang dah ada macam-macam jenis sampul raya.  Boleh beli di mana-mana pasaraya, kedai atau tempah khas.  Tempah pula boleh ikut selera kita nak design macam mana yang berkenan di hati.  Yang terkini ada Sampul Raya Hipster.  Hebat sungguh raya sekarang.


Giveaway  Sampul Raya Hipster
Giveaway  Sampul Raya Hipster


Intro panjang dari biasa


Korang jangan lah pening pula... akak buat intro panjang sikit dari biasa.  Sebab dah terkesan dengan jauhnya beza zaman raya kita dulu dan raya sekarang.  Dan intro ini pun sebenarnya nak cerita berkenaan Giveaway Sampul Raya Hipster  yang dianjurkan oleh rakan blogger Azhafizah.

Jika nak cerita pasal pengalaman raya zaman kanak-kanak kita dulu dengan zaman anak-anak sekarang memang jauh beza.  Beza sangat-sangat... sebabnya sekarang ni kita yang keluarkan duit raya 😅  Dulu kita yang dapat duit raya.

Korang jom la join Giveaway Sampul Raya Hipster  yang dianjurkan oleh rakan blogger Azhafizah.  Boleh kongsi pengalaman kumpul duit raya sambil tambah kenalan blogger.  Mana tau ada rezeki kita dapat la pula hadiah sampul raya hipster ... bonus terindah untuk raya tahun nie.

Nak join klik banner di atas.  Mudah jer.  Cepat tau... giveaway berlangsung seminggu dan akan tamat pada 12 April 2021.


Terima kasih support entri kita Giveaway Sampul Raya Hipster.





8 ulasan:

  1. Jom Join GA ni, saya sudah:

    https://cikyatiedotcom.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  2. Sekarang, duit raya pun transfer online. Nak nak zaman covid sekarang ni. Tapi sampul raya kak fiza ni lawo bethol. Sayang pulak nak bagi dekat orang hahaha. Btw goodluck and all the best akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah betol juga tu boleh transfer online jer kan.

      Padam
  3. Beza, sangat berbeza dulu dan sekarang. Terima kasih kak sudi sertai GA saya :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.