Pengikut Setia

16 Mac 2021

SAMPAI BILA NAK BERI ALASAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Sampai bila bila nak beri alasan.


Kerana kita manusia normal yang sentiasa berfikir maka akan sentiasa ada saja alasan untuk setiap kejadian.
Kerana kita dibesarkan dengan pelbagai alasan.
Pepatah Melayu juga ada menyebut "Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan".
Maka dengan ini menunjukkan alasan itu sesuatu yang positif atau negatif terletak kepada situasi yang dihadapi.
Kerana kita tiak mungkin berada dalam situasi yang sama dengan semua orang.
Kekuatan dan kelebihan kita juga tidak sama dengan orang lain, begitu juga kelemahan dan kekurangan diri bukanlah alasan yang terbaik untuk mencipta alasan tidak boleh.


Kekuatan manusia


Apa kaitannya pula dengan alasan?
Kerana kekuatan hati dan akal meletakkan kita ditempat kita sekarang.
Mencipta alasan atas kekuatan hati dan minda bukan kerana hendak menolak tanpa sebab.


Kekuatan manusia itu pada hatinya.  Dan hati manusia itu milik Allah.
Bilamana ada Allah di dalam hatinya, maka kuatlah hatinya.


Terima kasih atas bacaan dan perhatian yang diberikan.


4 ulasan:

  1. Betul tu.. kekuatan sebenar ada pada hati seorg hamba.. Semoga sentiasa dlm ketaatan

    BalasPadam
  2. Orang yang nak beri harapan.
    Orang yang tak nak beri alasan, hurmmm... macam-macamlah alasan mereka

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian