Pengikut

19 Mac 2021

MASJID AL-AQSA AKAN KEMBALI BEBAS?

Assalamualaikum dan selamat Jumaat |  MASJID AL-AQSA AKAN KEMBALI BEBAS?



Masjid al-Aqsa ialah masjid ketiga terpenting dalam Islam. Nama masjid ini dirakam dalam al-Quran ketika Allah SWT menceritakan peristiwa Israk Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke al-Quds. Al-Aqsa juga pernah dijadikan kiblat pertama umat Baginda sebelum ditukar ke Kaabah. Masjid ini juga menjadi tumpuan nabi terdahulu sebagai destinasi hijrah dan dakwah mereka. (sumber)


Masjid Al-Aqsa akan kembali bebas

💫Pada waktu malam, beginilah keindahan Masjid Al-Aqsa.  Walaupun hampir setiap hari dikotori oleh penduduk haram Isr.ael, masjid ini tetap dipertahankan oleh umat Islam.  Melihat kepada seni pembinaannya, keseluruhannya menggambarkan identiti dan corak keislaman.

💫Masjid Al-Aqsa ini istimewa.  Istimewanya kerana ia disebutkan di dalam Al-Quran, Ini dirakamkan dalam al-Quran:

“Maha suci Allah SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid al- Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)


💫Sejak penjajahan rasmi negara haram Isr.ael bermula pada tahun 1948, pada ketika itu jugalah umat Islam di Palestin telah mula merancang untuk mendapatkan semula hak mereka. Meskipun ramai yang terkorban akibat penindasan Zio.nis Isr.ael, warga Palestin tidak pernah berhenti berjuang.


❓Adakah Masjid A-Aqsa akan kembali bebas?


💫Ya, Masjid Al-Aqsa akan bebas sekiranya seluruh umat Islam tidak berhenti untuk berjuang.

======================

✅ Ingin BERINFAQ secara BERTERUSAN RM1 sehari (RM30 sebulan) untuk pembebasan Palestin tanpa bersusah-payah tercari-cari no. akaun Aman Palestin ?

Jom SERTAI pemotongan automatik dari akaun bank dengan mengisi borang di link 👇🏼:

🔹 Bank selain Malayan Banking Berhad (Direct Debit) : https://forms.gle/4FDF6aE6sXr8kKhs8

🔸 Malayan Banking Berhad (Autodebit) : https://form.jotform.com/203408482102445

#AmanPalestin
#Alaqsawillbefree
#15tahunAP
#BangkitBerjuangBersama

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Powered By Blogger