Pageviews

22 Jun 2020

9 tanda yang menunjukkan anda kekurangan Vitamin C

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




9 tanda yang menunjukkan anda kekurangan Vitamin C


Tidak pasti kenapa banyak sangat kesan lebam, antaranya di kaki.  Seringkali kesan lebam dikaitkan dengan kesan gigitan pelesit atau benda-benda mistik.

Selain dari kesan lebam, ada antara kita yang rasa cepat letih dan tidak bersemangat, rambut selalu gugur dan masa gosok gigi pun selalu berdarah. Semua itu bukan kerana santau tetapi sebenarnya tanda kurang Vitamin C.







9 amaran amaran awal kekurangan Vitamin C



1. Gusi bengkak dan mudah berdarah

Bila tak cukup vitamin C, gusi mudah bengkak, meradang, dan berdarah.

Vitamin C rendah dikaitkan juga dengan periodontitis, penyakit yang membawa kepada jangkitan gusi dan kerosakan yang boleh sebabkan kehilangan gigi.


2. Rambut gugur, hujung rambut kering dan berpecah

Tahap vitamin C yang kurang jadikan akar rambut tak dapat beri faedah sebanyak yang diperlukan, menjadikan rambut kering dengan hujung berpecah.

Vitamin C membantu pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan bantu tubuh menyerap lebih banyak khasiat.

Bila kurang vitamin C akibatnya lambat rambut nak tumbuh dan rambut pun senang gugur.


3. Hidung berdarah

Hidung berdarah juga dikenali sebagai epistaxis, salah satu daripada gejala skurvi, atau keadaan yang menonjolkan kekurangan asid askorbik dalam badan.


4. Kulit kemerahan kering dan kasar

Kulit kering, kasar, dan merah adalah kerana tak ada asid askorbik yang cukup dalam sistem tubuh.

Tubuh perlukan vitamin C untuk mensintesiskan kolagen kulit, jadi kulit tetap nampak kemerahan.

Kurang Vitamin C juga membawa kepada perkembangan keadaan kulit yang disebut keratosis pilaris. 

Akan ada patch kasar atau benjolan kecil yang muncul di paha, punggung, lengan atas, dan pipi.


5. Anggota badan mudah lebam

Kerana kapilari lemah tanpa vitamin C, mungkin mengakibatkan lebam segera. 

Bukan dihisap atau digigit pelesit ok?


6. Parut lambat sembuh

Luka ambat sembuh kerana tak cukup Vitamin C yang membantu tisu penghubung mengikat dengan luka. 

Vitamin C berperanan penting dalam pembaikan tisu dan juga boleh mencegah jangkitan luka.


7. Sendi bengkak 

Perkara biasa bagi yang alami arthritis rheumatoid ialah sendi yang membengkak dengan rasa sakit serta radang. 

Orang yang ada paras vitamin C yang rendah berisiko sebanyak tiga kali ganda untuk alami sendi bengkak.


8. Mudah batuk dan selesema

Vitamin C bantu pengeluaran sel darah putih yang menyerang virus dan bakteria juga up antioksidan yang melindungi sel-sel dari jangkitan. 

Bila badan rendah Vitamin C, mudah diserang selesema biasa, sebab badan lemah terhadap virus selesema atau jangkitan tekak.


9. Rasa sentiasa penat dan lemah

Ada kajian berasingan dibuat terhadap pesakit hospital dan pelajar sekolah menengah yang alami kegelisahan, menunjukkan bahawa mood mereka jadi lebih positif sebanyak 34 peratus selepas  mengambil makanan tambahan atau suplemen Vitamin C.

Sumber:  Magical C Pure


Magical C Pure
Magical C Pure

Magical C Pure mengandungi vitamin C tulen yan diformulasikan dari stevia dan berries, mempunyai pelbagai fungsi yang ajaib untuk semua golongan bermula dari usia remaja se awal 12 tahun.

Amalkan MAGICAL C PURE 
Supplement 100% PURE Vitamin C
dari ekstrak BUAH BERRIES 
Vitamin C semata-mata tiada sebarang campuran merbahaya 
keberkesanannya terbukti dengan banyaknya testimoni yang berjaya 

#MAGICALCPURE supplement terbaik untuk kesihatan dan kecantikan


Terima kasih.  Semoga bermanfaat.

5 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.