Pengikut Setia

30 September 2016

Harapan kita pada orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Harapan kita pada orang lain

Kita sentiasa mengharap. Harapan kita kepada diri kita sendiri dan kepada orang sekeliling kita. Ada ketikanya harapan tinggal harapan. Menyebabkan kita kecewa. Namun sedar atau tidak bagaimana kita bertindak ke atas harapan lain kepada kita.



_"Yang kita harap dari manusia cuma dua.
•Nasihat, dan
•Doanya

Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhuwwah kerana Allah.

Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah.

Kerana ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat._

(Ustaz Pahrol Juoi)



‎💕 Terima kasih baca entri ini, Harapan kita kepada orang lain
.

posted from Bloggeroid

28 September 2016

Nothing will happen

Nothing will happen



Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Thank yor for reading.  Nothing will happen

Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain

Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain kerana kita kenal hati kita.
Kita tahu bagaimana hati kita
Kita tahu keupayaan hati kita

Kita tidak tahu hati orang walau kita kenal dia
Kerana hati ini sifatnya berbolak balik
Kerana hati ini berbeza antara satu sama lain
Kerana nafsu itu juga berbeza



"Kita tidak mampu mengubah hati orang untuk bersangka baik."
Tetapi,
"Kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang."

Nota: Semoga hati kita dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dijalan yang diredai olehNya.


Terima kasih baca entri ini, Kita mampu mendidik hati sendiri bukan hati orang lain
~

posted from Bloggeroid

27 September 2016

Hari Jadi Google ke-18

Hari Jadi Google ke-18


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Jadi Google ke-18 secara rasminya pada hari ini.  Wah! Tiba-tiba pula puan YB buat entri sempena Hari Jadi encik Google.  Tetapi entri ini agak terlewat sikit, sudah petang baru sempat dikeluarkan.

Ada apa-apa yang istimewa kah?  Pastinya ada, kerana selama 18 tahun ini banyak juga bantuan yang telah encik google berikan.  Terutama dalam proses menyediakan esei ketika zaman belajar Diploma. Dan, sekarang ketika bekerja tetapi setia menggunakan khidmat carian dari enjin encik Google dalam menyiapkan kerja kerja, laporan atau pencarian maklumat yang nampak seperti sukar.

Orang selalu kata, kalau nak cari apa-apa 'google jer'.  Memang betul.  Apa yang tiada di enjin pencarian encik Google?



Google Doodle

Google Doodle


Google is now officially an adult. The internet giant is celebrating its 18th birthday on Tuesday with an animated Doodle shown to web browsers around the world.
The company, founded by Larry Page and Sergey Brin in 1998, traditionally marks its birthday on the Google homepage on September 27.
However, not even Google seems to really know when it was formed. Since 2006, it has celebrated its birthday on September 27, but the year before that, had it as September 26. Sumber

Akhir kata, selamat menyambut hari jadi ke-18 kepada Encik Google.  Semoga sambutan pada tahun ini lebih meriah dan dewasanya Google dengan pemikiran dewasa disamping membawa mesej keamanan kepada dunia.

Terima kasih baca entri ini, Hari Jadi Google ke-18.

~

Carian