HIDUP INI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
HIDUP INI, begitulah seadanya. Ada masa kita rasa gembira sangat apabila semua yang kita hajati tercapai dan terlaksana dengan mudah. Kita merasakan bahawa kitalah insan yang paling bahagia dan paling gembira. Saat-saat manis kegembiraan itu pastinya terpampang di mana-mana saja yang kita ada. Contoh? Seperti biasa di mukabuku, instagram, twitter, blog dan lain-lain aplikasi maya.
Kadang-kadang kita lupa bahawa kegembiraan kita tidak selalunya berpanjangan. Maka ingatlah pesan orang lama "bila gembira tu simpan sikit". Kenapa nak simpan? Sebab bila kita sedang berduka kita boleh ambil sedikit kegembiraan masa lalu untuk dijadikan ubat dan penawar duka.
Hidup ini adalah bagaimana kita untuk membuat sesuatu yang boleh menambahkan pahala dan menjauhkan sesuatu yang mendekatkan diri daripada neraka. (Dr. Azizan Osman)
Terima kasih baca entri HIDUP INI.
betul..
BalasPadamciktie singgah sini sat ya
SINGGAH
BalasPadaminsya-Allah =)
BalasPadam