Taklimat Bernama Library & Infolink Service (BLIS)
Alhamdulillah berpeluang mengikut Taklimat BLIS dengan jayanya. Jarang sangat YB dapat ikuti taklimat pada waktu kerja terutama taklimat atau program yang tiada kaitan secara langsung dengan tugas hakiki. Bukan hendak menidakkan peluang dan masa yang ada tetapi selalunya keutamaan lebih kepada kerja hakiki yang perlu disiapkan segera. Hanya pada kali ini dikeraskan hati, tinggalkan sekejap meja kerja yang tercinta untuk mengikuti Taklimat BLIS.
Taklimat ini telah diadakan pada 18 April 2016, jam 2.30 petang di Bilik IT 1, PTAR UiTM Cawangan Perak. Pada mulanya ingatkan tak boleh sampai awal sebab ada kerja. Tetapi disebabkan kerja dapat siap awal maka bolehlah akak masuk awal, ambil tempat depan sekali... best.
Kiranya entri ini entri baling belakang sebab dah terlewat update. Mana tidaknya baru hari ni sempat update. Dari 18hb lagi dah simpan dalam kotak draf.
Nota berkaitan manual pencarian dan cara penggunaan sistem BLIS.
Antara peserta yang hadir, bukanlah 4 orang jer ramai lagi sebenarnya hanya Pustakawan 2 orang ni jer yang sempat akak snap gambar dorang. Seperti biasalah akak YB kan pemalu. Nak merayau tangkap gambar ramai-ramai tu segan pula. Gambar beramai-ramai dengan penceramah dan bos Perpustakaan tiada dalam hp akak. Gambar-gambar lain sekitar sesi taklimat ada pada kamera penganjur. Nak minta pun segan jugak :P.
Antara hadiah yang diterima semasa sesi soal jawab sepanjang taklimat berlangsung. Post-it-note yang comel, pen dan botol air minuman (kaca).
Tahniah kepada semua rakan peserta dan penganjur. Terima kasih juga kepada team BERNAMA yang tabah menangani kerenah kami pelajar matang yang penuh dengan keceriaan.
Entri ini hanyalah untuk bercerita mengenai pengalaman seorang blogger yang berjaya mengharungi timbunan tugas bagi mengikuti Taklimat Bernama Library & Infolink Service (BLIS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.