Renungan Hari Jumaat
Setiap hari ada saja keberkatan dan rahmat dariNya. Tambahan pula hari Jumaat penghulu segala hari. Banyak panduan dan pedoman yang sering menjadi bualan pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga kita digalakkan untuk banyakkan bersedekah. Semoga sedekah kita yang ikhlas itu akan menjadi pembantu kita ketika berada pada hari yang mana tiada pertolongan dari manusia.
Salam Jumaat |
Berkongsi petikan dari rakan FB sebagai peringatan buat diri sendiri yang lemah dan sering alpa.
"Jangan cintakan perniagaan melebihi cinta kepada Allah. Jangan takut rugi melebihi takutnya Allah."
Kerana ini adalah firman Allah di dalam surah At-Taubah, 9:24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Semoga semua sahabat yang membaca entri Renungan Hari Jumaat sentiasa berada di dalam keredhoan dan kerahmatanNya. Aamiin.
insya allah..amin
BalasPadamInsaf.. Kadang diri ini pndai terlalai..
BalasPadam