Fesyen Songket Starina Amor bersama Dokoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Songket Starina Amor - Dokoh Series merupakan koleksi SSA dengan padanan elemen Dokoh yang 'Trendy' dan kain songket bercorak 'Moden abstrak'. Padanan yang menarik dan menawan untuk pakaian tradisional seperti baju kurung.
Fesyen songket kali ini memaparkan baju dari Fabric Valentino Soluna Gred A, iaitu fabrik dengan kesan 'Terjatuh' yang elegan atau flowy.
Terdapat 5 pilihan warna menarik yang menjadi pilihan ramai seperti berikut:
SSA - 991 Green |
SSA - 992 Yellow |
SSA-993 Royal Blue |
SSA-994 Purple |
SSA-995 Merah hati |
** GAMBAR / COLOR BAJU DI PATUNG ADALAH 90% WARNA SEBENAR
Setiap pasang baju didatangkan dengan pelbagai saiz, dari saiz SS, S, M, L dan XL. Pastinya setiap orang mempunyai saiznya yang tersendiri.
Edisi TERHAD
Keluaran busana ini adalah terhad. Busana ini merupai potongan Kurung Pahang dan dipadankan dengan kain susun tepi serta dokoh (ironed) yang dilekatkan pada baju polos untuk lebih menyerlahkan keayuan dan keanggunan si pemakai.
Manakala kain bawah dari material CottonSilk 'Printed Songket' berkualiti Tinggi dengan corak Moden Abstrak. Satu padanan yang amat sesuai untuk Kurung Pahang dan digayakan pada bila-bila masa terutama pada hari yang indah penuh sejarah.
Set baju kurung ini dijahit sempurna dengan jaminan kualiti demi kepuasan si pemakai.
Anggaran harga promosi antara RM170.00 hingga RM175.00 sepasang. Kos penghantaran adalah percuma.
Semestinya anda tidak ketinggalan untuk menjadi antara orang yang terawal memiliki koleksi Kurung Pahang bersama Dokoh yang eksklusif ini.
untuk wanita sahaja
BalasPadamlelaki juga boleh tuan. Belikan untuk buah hati pengarang jantung... hehehe
Padam