Pageviews

11 Mei 2015

Bahagi sama banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bahagi sama banyak

Bagi blogger seperti YangBaik, bila dah masuk tahap mak-mak ni pastinya akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Terutama dalam isu pembahagian atau agihan makanan. Telah biasa kita berhadapan dengan situasi anak-anak tidak setuju dengan cara kita membahagikan makanan. Semasa anak seorang tiada masalah, masuk anak dua tidaklah menimbulkan masalah sangat. Isu tidak sama akan timbul bila anak ke-3 dah pandai makan sendiri. Itu belum masuk anak ke-4 lagi.

Tetapi itu semua bukanlah masalah sangat cuma kadang-kadang saja bila tiba-tiba ada yang tidak puas hati. Bila disuruh ambil sendiri... tidak pandai pula nak berkira. Ambil sikit atau banyak tidak pula jadi isu yang jadi isu pula... boleh habis ke?



Apapun situasi dan keadaan, pasti ada penyelesaian mengikut kebijaksanaan masing-masing.

Anak-anak penyeri kehidupan berkeluarga. Bagi yang berpeluang memilikinya merupakan satu pengalaman indah. Bagi yang tidak berpeluang memilikinya... pasti ada anugerah dan kelebihan yang lain.

*p/s: blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dan penambahbaikan. Semoga bersabar dengan setiap kesukaran.
o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. singgah pagi disini..Anak² adalah penyeri dalam keluarga..Memang dlu kalau takde anak memang takde seri dalam kehidupan..tapi bila dah ada anak ni,baru tau betapa berharganya anak dalam kehidupan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Siti. bila jadi mak baru tahu yer...

      Padam
  2. Template blog yang kemas dan pantas loading. Kalau dapat lebarkan, lagi menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhh ya... masih dalam proses konfigurasi.. banyak nak belajar lagi nie..

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.