Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Terletak di Cyberjaya barangkali berhampiran juga dengan pejabat KRU :P. Pertama kali menjejakkan kaki di Cyberjaya, pastinya satu pengalaman yang sangat bermakna. Sudah lama tidak keluar dari Perak. Kali ini pengembaraan pertama bagi tahun 2015.
Sehingga di sini dulu. Terima kasih.
Sehari di MaGIC
Terletak di Cyberjaya barangkali berhampiran juga dengan pejabat KRU :P. Pertama kali menjejakkan kaki di Cyberjaya, pastinya satu pengalaman yang sangat bermakna. Sudah lama tidak keluar dari Perak. Kali ini pengembaraan pertama bagi tahun 2015.
Malaysian Global Innovation and Creativity Centre |
Pengembaraan bermula pada petang Jumaat lepas, bersama Geng Konvensyen seramai 5 orang. Pergerakan kami dari Perak pada awalnya lancar tetapi beransur-ansur perlahan sejurus tiba di Seri Kembangan kerana berebut jalan bersama warga kota yang baru pulang dari tempat kerja. Perjalanan baru yang menguji skil penglihatan dan pemanduan di waktu malam, turut menguji kecekapan co-pilot. ;-)
Kejadian hilang arah ke tempat penginapan tidaklah sampai menjejaskan semangat kami untuk meneruskan agenda di MaGIC. Kesilapan kecil pemilik hotel bajet kerana alamat yang dinyatakan di laman sesawang tidak sama dengan posisi sebenar hotel berkenaan, menyebabkan goggle maps hampir menjadi sasaran tidak puas hati. Manakan tidak lain yang dicari lain yang tiba dan haluan nyata berbeza.
Sesekali terasa sesat di negara sendiri seolah berada di negara asing. Maklumlah dengan suasana yang agak berbeza bercampur dengan kepenatan seharian berada di dalam kenderaan. Itu semua sebahagian dari ujian yang terpaksa ditempuh untuk meneruskan kehidupan.
Pandai tulis cerita saja, bukan saya yang memandu. Tetapi pengalaman malam itu cukup memberi makna.
Konvensyen Keusahawanan Emas Powergold.Biz 2015 |
Peluang pertama kali menyertai konvensyen bersama jutawan emas Powergold. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang dikongsikan oleh jutawan dan pakar pemasaran.
Maaflah saya belum bersedia untuk meletakkan wajah-wajah rakan jutawan yang turut serta dalam konvensyen ini. Memandangkan saya juga belum bersedia untuk mendedahkan wajah saya dengan lebih serius.
Banyak gambar-gambar selfie dan wefie sepanjang konvensyen. Tunggulah masanya akan tiba.
posted from Bloggeroid
~~~~~~~~~~~~~~~
Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.
macam seronokkkk je ni...hehee
BalasPadamserius seronok sangat.... hahaha
Padamluas perjalanan bnyk pengalamn.
BalasPadamjemput singgh ke blog sy :) http://natasyalia.blogspot
betul tul...
Padamyes singgah juga nanti ... terima kasih