Pengikut Setia

20 Oktober 2014

Usaha kekalkan momentum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Usaha kekalkan momentum


Selamat pagi semua.  Selamat berblogging dan teruskan usaha menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua.

Dalam setiap usaha pasti ada momentum untuk menggerakkan.  Seumpama motivasi yang memberi semangat untuk kita terus berusaha demi menjayakan dan mencapai hasrat utama. 



sumber gambar

Merujuk kepada Kamus DBP, Momentum (moméntum) merujuk kepada

1. daya yang men­dorong pergerakan sesuatu: Contohnya ... maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah momentumnya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yang kian kendur di kalangan generasi mudanya untuk meneruskan momentum pemodenannya; 

2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. Maksud ini lebih kepada sains dan fizik... dunia yang telah lama saya tinggalkan...

Dalam konteks usaha saya dalam berblogging dan tulisan ini, saya lebih suka gunakan momentum bagi maksud nombor 1. Kerana sekarang ni, saya sendiri sedang berusaha mengekalkan semangat dan momentum sedia ada dalam menghasilkan entri untuk blog.  Semangat sedia ada datangnya dari dalam diri sendiri yang mana lahirnya blog ini adalah atas kehendak sendiri.

Dalam masa yang sama saya juga harus mencari momentum baru demi menghasilkan idea dan meneruskan entri untuk blogging. Walaupun kadang-kadang saya rasa seperti 'down' bila berebut dengan masa dan keadaan untuk berblogging.


Perspective & Momentum
sumber gambar

Bohong la kalau sebab-sebab dunia blogging tidak mempengaruhi momentum untuk berblogging. Contohnya bila iklan CPUV Nuffnang tidak timbul kan. Sekarang nie CPUV Nuffnang sedang banyak berkeliaran... memang suka. Sebab lain yang berkaitan adalah Rank Alexa. Yang ini betul-betul mencabar kesabaran. Episod kejar-mengejar Rank sentiasa saja berlaku terutama sekarang semakin banyak blog baru yang muncul dan semakin ramai yang mengejar Rank untuk blog mereka. Jadi tidakkah itu menjadi sebab kepada kita untuk mengejar momentum blog? Penat!!!

Apa pula momentum kalian untuk berblogging?

(^-^)



.

2 ulasan:

  1. Betul tu...bukan senang nak mengekalkan momentum...perlukan juga motivasi

    BalasPadam
  2. Selagi kita berniat untuk sebarkan kebaikan, inshaa Allah, down tu takkan lama.

    Salam kenal :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian