Pageviews

18 Mei 2014

Tetamu membawa rezeki atau secara kebetulan

Assalamualaikum


Antara rezeki atau kebetulan.  Catatan ini sekadar berkongsi kegembiraan kerana beroleh rezeki berganda pada bulan Mei.

Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas seekor rama-rama berlegar-legar di dalam rumah. Mungkin tersesat agaknya atau keliru dengan bunga-bunga plastik yang terletak di atas meja. Bukan sekali bahkan sudah beberapa kali rama-rama tersesat masuk ke dalam rumah ini.




Kata orang-orang tua; ada rezeki nak masuk. Sejauh mana kebenaran memang sukar nak ditafsirkan kerana rezeki itu datangnya dari Allah. Jika benarpun seperti tamsilan orang tua-tua itu adalah kebetulan. Memang sukar nak dihayati kerana disebalik tamsilan berkenaan kadang-kadang tersembunyi maksud atau rahsia lain yang tidak diceritakan sepenuhnya.

Sehingga di sini dulu... nak cerita lagi tetapi terhalang dek kesilapan pada laptop. Entah di mana silapnya kurang pasti. Untuk itu entri ini ditaip dengan satu jari menggunakan note smart. Agak lambat dan memakan masa, namun rotan tiada akar pun berguna juga.

Sekian
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.