Terus terang aye katakan di sini, aye memang tidak pantas memberi makna bagi ungkapan tersebut di atas. Kerana bimbang huraian yang bakal dinyatakan akan disalah tafsir atau disalah ertikan.
Lantaran itu, secara jujurnya berdasarnya pengetahuan yang cetek aye berpendapat kita sebagai manusia biasa sudah tentu mempunyai perasaan dan naluri cinta. Naluri cinta itu biasanya kuat dikaitkan dengan manusia. Seperti antara rasa cinta antara suami dan isteri. Cinta itu lumrah dalam kehidupan manusia normal seperti kita.
Tidak ketinggalan sebagai seorang ibu sudah tentu rasa cintanya turut terbahagi kepada anak-anaknya. Rasa cinta juga dikaitkan dengan rasa saya kepada harta benda dan juga apa jua yang menjadi milik kita seperti pekerjaan dan juga bakat serta ilmu. Namun percaya atau tidak dalam tidak sedar semua kecintaan itu tidak kekal kerana hati manusia yang mudah berbolak-balik.
Semoga rasa cinta kita kepada Allah kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Ar Rabi' bin Anas seperti berikut:
Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya. (Ar Rabi' bin Anas)
suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com
$$$
to nao mei, terima kasih...
BalasPadam