Pengikut Setia

21 Februari 2014

Jumaat yang cemerlang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jumaat yang cemerlang.  
Alhamdulillah, hari ini pagi tadi telah selamat berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis puisi sempena bulan inovasi 2013.

Pada majlis ini juga turut diadakah penyampaian hadiah bagi beberapa acara lain yang dijalankan sepanjang bulan inovasi 2013.  Antaranya adalah pertandingan fotografi, pertandingan futsal dan pertandingan poster. 

Jika diikutkan hati semua pertandingan nak masuk.  Pasti meriah.  
Sana sini muka 'awak' terpampang... huhuhu.  Itulah semuanya selepas saya bertukar kepada Safi Rania.  Ayat tadi pinjam dan olah semula dari petikan kata-kata pelakon iklan tu... ala yang comel dan kiut tu siapa lagi kalau bukan Anzalna.  Ehhh tersasar sekejap. :P



Rezeki bukan untuk ditolak tetapi untuk difikirkan sejauh mana kemampuan kita.  Agak-agak kenyataan ini boleh ke DAO terima?  

Maksud aye... jika semuanya kita nak masuk nak kejar sampai terbabas semua kerja apa kes.  Cukup sekadar masuk menunjukkan muka bagi memberi maklum kepada warga mengenai kewujudan kita. Kannn

Kalau asyik buat kerja saja tanpa menghiraukan perkembangan alam sekeliling dan manusia sejagat tiada guna juga.  Ehhh... cakap memang senang.  Sama macam menulis sajak dan puisi senang saja sebab cuma perah dan bercakap seorang kemudian bercakap dalam hati kemudian lagi susunkan ayat.  Tetapi bila sampai bab terjemahkan dalam bentuk vokal yang lantang... ada berani ka?  Sungguh benar aye tak sanggup. 

Namun sebenarnya aye tidak sangka (skema nyer).  Tujuan masuk ke pertandingan ini sekadar mencuba bakat terpendam yang semakin lapuk.

Sesungguhnya kemenangan kecil ini memberi semangat untuk meneruskan usaha dalam bidang penulisan.  Walaupun kadang-kadang tidak berapa nak menjadi.  Sekurang-kurangnya ada sedikit sumbangan kita kepada masyarakat dan kredit kepada diri sendiri atas aktiviti yang kita lakukan.

Alhamdulillah.  Semoga Jumaat yang cemerlang ini akan terus membawa seribu rahmat kepada seluruh alam.


suka duka pentas dunia.


$$$



3 ulasan:

  1. Salam Jumaat dan tahniah! Bakat tidak diketahui selagi tidak mencuba. Bila mencuba...berjaya pula, maknanya memang berbakatlah tu... :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian