Pageviews

10 Januari 2014

Memang kita tidak sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Entah macam mana tiba-tiba dapat idea nak tulis tajuk macam ni.  Tak tahulah macam mana pengisiannya. Point nak tulis dah ada tetapi bimbang huraiannya tidak menepati tajuk dan point yang dimaksudkan. Bukanlah terdesak sangat sehingga buat tajuk macam ni.  Tetapi atas kesedaran diri sendiri dan untuk ingatan kepada diri bahawa kita ini memang tidak sempurna apatah lagk maksum.


Memang kita tidak sempurna tetapi tidak bermakna kita harus membiarkan ketidaksempurnaan itu menguasai diri.  Kenali potensi dan peluang yang ada semoga dapat menutup dan mengaburkan ketidaksempurnaan.

Secara tidak sedar ketidaksempurnaan kita itulah menjadikan kita unik dari orang lain dan mungkin juga boleh menjadi satu keistimewaan sekiranya kita bijak adaptasikan ketidaksempurnaan itu sesuai dengan tempat dan masanya.

Banyak lagi yang hendak dikongsikan mengenai catatan ini tetapi cukup sekadar untuk rekod bagi dapatan maklumat untuk hari ini bahawa kecemerlangan itu tidak semestinya hadir bersama kesempurnaan tetapi sedikit sebanyak hadir bersama pertimbangan manusia sekeliling.

Kelam tabir hayat tidak menjadikan kedukaan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$

4 ulasan:

  1. Ketidaksempurnaan juga sebenarnya lebih cantik... kerana yang penting adalah dari hati yang tulus dan ikhlas.

    BalasPadam
  2. Tiada yang sempurna melainkan nilai budi perkerti yang indah...salam jumaat dear :)

    BalasPadam
  3. kita manusia yang banyak kelemahan, setuju jangan "biarkan ketidaksempurnaan itu menguasai diri", sebalik berusaha memperbaiki dan berusaha untuk capai kejayaan.

    BalasPadam
  4. kita manusia biasa, biasalah tentang ketidaksempurnaan itu, tetapi jangan dibiarkan senantiasa tidak sempurna, belajarlah memperbaikinya...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.