Pageviews

10 Mac 2013

[Produk Kecantikan] Disebalik kisah Pure Marine Collagen

As salam,


Sekarang ni memang sedang hangat sangat dengan collagen.  Terutama kisah penggunaan Pure Marine Collagen (PMC).  Jadi aye ambil kesempatan ini untuk turut sama menghangatkan suasana PMC.  Biarpun cerita aye mungkin juga tidak sehangat asrama atau sehangat dan sehebat cerita cerita PMC oleh lain-lain pakar kecantikan mahupun blogger online tetapi aye yakin cerita aye ini adalah sebagai rekod dan catatan aye sendiri... boleh kan! Aye juga kini baru berjinak-jinak dengan PMC buatan sendiri.

Pure Marine Collagen - Rumpai Laut Asli

Gambar di atas memang hak milik aye kerana aye yang tangkapnya sendiri.  Sesiapa yang berkenan dengan gambar tu ambil lah aye tak kisah.


Dengan sengaja untuk memanjangkan cerita, sebenarnya PMC ini sekali lagi adalah pemberian istimewa dari encik suami (hehehe).  Kalau nak harapkan aye memang tak tahu nak beli kat mana dan kalau jumpa pun mungkin buat tak kisah.  Memang tak tahu pun kalau-kalau di Seri Iskandar ni ada penjual PMC.  PMC ini aye beli dari teman pejabatnya di Kg Gajah.  Mungkin juga teman itu datang dari Ipoh.  Mungkin juga dari Seri Manjung atau dari Teluk Intan.  Yang pasti bukan dari Seri Iskandar.

Iklan jap... sesiapa yang berasal dari Seri Iskandar jika ada yang berminat boleh juga tinggalkan pesanan di peti ulasan... senang sahaja.

Sambung semula.  PMC ini sebenarnya sudah dibeli hampir 2 minggu hanya baru minggu lepas baru aye berkesempatan prosesnya sendiri.  Dan, baru minggu ini juga baru aye nak publish kat blog... banyak sungguh tempoh masa tu... tapi cerita mengenai PMC memang tak basi walaupun kisah aye mendapatkan PMC ni seakan-akan hampir nak basi. ;)

Berikut adalah catatan yang diambil dari flyers yang disertakan berkaitan PMC

  • 100% asli
  • 100% ibu kolagen asli Sabah
  • Terbukti  dapat membaiki struktur kulit dengan cepat dan berkesan
Ibu Kolagen/ Rumpai Laut/ Pure Marine Collagen (PMC)/ Sea Bird Nest @ lebih dikenali sebagai sarang burung laut oleh masyarakat Cina

Kesan Pengambilan Pure Marine Collagen (PMC):
  1. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan
  3. Memejalkan payudara, otot dan punggung
  4. Menyihatkan rambut dan kuku
  5. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
  6. Mengurangkan penuaan pra-matang seperti kedutan dan kulit kendur
  7. Mengurangkan selulit
  8. Memberi tenaga
  9. Melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit bahu dan belakang
  10. Menguatkan tulang dan sendi serta menjauhkan artritis dan asteoporosis
  11. Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
  12. Merawat penyakit gout
  13. Mencegah kanser / tumor
  14. Menurunkan tekanan darah tinggi
  15. Meningkatkan fungsi penghadaman/ pencernaan dan merawat gastrik
  16. Anti bakteria/ kulat
  17. Merawat anemia
  18. Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh
  19. Menyerap lebihan garam dalam tubuh
  20. Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  21. Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  22. Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit untuk penyembuhan luka
  23. Menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi penyakit kencing manis'
  24. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  25. Memberikan rasa kekenyangan bagi proses diet
  26. Memelihara usus kecil untuk mengelakkan sembelit/ buasir

Memang sungguh banyak sekali manfaat yang boleh diperolehi dari PMC.  Namun sebagai manusia itu semua adalah sebahagian dari ikhtiar kita untuk mendapatkan kehidupan yang tenang bagi meneruskan perjalanan hidup.

Semoga mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya.  In shaa Allah.


 

6 ulasan:

  1. memang kat mana2 pun dah ada jual PMC ni kan.. kat area tempat tinggal saya (kamunting) di pasar2 malm or pasar minggu pun dah ada yg jual ni.. tapi belum sempat lagi mencuba.. dalam FB usah katalah ramai juga kwn2 yg jual PMC ni.. teringn juga nk cuba tapi berfikir 10x sebab saya hamil.. ada yg kata boleh di makan untuk ibu hamil dan sebaliknya.. jadi saya pilih tidak. Tidak utk mencuba lagi.. insyaallh lepas taman proses berpantang mungkin.. :)

    BalasPadam
  2. Kilang Rotisegar ada jual..

    BalasPadam
  3. PMC memang awesome... sekarang ni dah dekat 2 bulan pakai dan makan...

    BalasPadam
  4. saya beli yg dh siap masak,kadang2 lupa nk makan, ujung minggu kalau rajin buat masker sapu kt muka best..;)

    BalasPadam
  5. ramai cakap benda nie bagus..
    saya tak try lagi sebab saya feeling kulit cantik walaupun hakikatnya..
    hm...
    tapi banyak lagi faedah dia selain menjaga kulitt... :)

    BalasPadam
  6. memang bagus pun..jemput ke blog manja tengok testimoni yeh..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.