As salam,
Kita sebenarnya idamkan ketenangan dalam setiap detik hidup terutama ketenangan hati dan minda. Justeru sentiasalah mengharapkan dan berdoa agar dikurniakan ketenangan dalam setiap detik kehidupan.
(i)
Bukan sekali dua, kita semua pasti ada yang terasa hati dengan sesiapa juga. Tetapi kita juga harus cepat sedar bahawa terasanya hati kita itu tidak ke mana ... kerana siapalah kita untuk terasa hati. Aye sendiri yakin kita memang hendak hidup aman dan damai... jadi tak perlulah terasa hati sangat dengan apa yang terjadi ... sebaliknya jadikan itu semua sebagai kayu ukur untuk terus bahagia
(ii)
Lipatan hidup bukan sehari dua sudah dilalui. Tidak lepas dari ujian dan kebahagian. Cuma kita sepatutnya ketengahkan rasa bahagia dan gembira larikan diri dari mengingati kedukaan atau kecelaruan. Bahagiakan diri sendiri
(iii)
Hitam putih kehidupan bukan kita dengan sengaja memilihnya. Sudah pasti kita inginkan hidup yang putih dan bersihkan ... lalu jauhkan diri dari kehitaman masa silam dan terus hidup melalui lorong cahaya putih yang sudah pasti akan membahagiakan. Kita yang memilih untuk melalui lorong mana... hitam atau putih.
(iv)
(v)
(vi)
Namun sesekali pasti terdetik juga rasa hati yang kurang enak. Seboleh-bolehnya tanganilah ia dengan sebaiknya supaya tidak menimbulkan konflik. Bersabar dan berfikir dengan akal yang waras adalah cara yang terbaik untuk berhadapan dengan konflik yang terjadi di sekeliling kita.
(vii)
Semoga kita terhindar dari konflik yang membinasakan diri dan maruah.
Semoga kita dikurniakan ketenangan dan cahaya kebenaran yang berterusan untuk meneruskan perjalanan hidup.
kemuliaan peribadi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.