corak 45 - kebetulan pula |
Cerita mengenai semalam memang sukar dilupakan dari ingatan. Mungkin juga atau barangkali akan terlupa tetapi selagi parutnya masih ada... tetap kekal diingatan.
Kisah semalam bukanlah kisah sedih atau kisah duka, tetapi sebuah kisah mengenai pengajaran bagi mendapatkan kekuatan baru dan semangat baru untuk terus dalam perjuangan hidup ini.
Cuma mungkin juga apa jua yang tersirat atau terjadi selepas semalam akan turut memberikan pengajaran buat ikhtiar hidup.
Dalam melaksanakan atau menjalankan sesuatu urusan sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat semua orang dan juga untuk kepuasan diri sendiri. Namun apabila keputusan yang kita buat itu dipertikai dan dipermainkan ... seolahnya hilang kekuatan diri terasa seperti berpijak di bumi yang tidak bertanah.
Namun sebenarnya apa yang terjadi sudah tentu ada hikmah dan takdirnya yang tersendiri. Ambil positif bukan negatif walaupun mungkin tercalit sedikit pedih di dasar hati. Semua itu ada pengisian tersendiri.
Sila pilih ketenangan dan kebahagiaan....
suka dgn motivasi ni :)
BalasPadamterima kasih Sue.
BalasPadamMemang beginilah kehidupan kita, perlu kuatkan semangat dengan kata-kata motivasi buat diri sendiri supaya kita tidak terlalu rasa bersalah atau tersilap dengan menyalahkan orang lain yang tidak sengaja... :D