Pengikut Setia

26 Mac 2013

Alif dan adik-adik demam lagi

As salam


Hari ini, bangun pagi berebut bilik mandi.  Selalunya Alif lambat bangun pagi, nak pergi sekolah pun kena kejutkan berkali kali.  Bila di tanya kenapa bangun awal sangat.  Katanya badan panas nak demam. Pulak!!!  Baru malam tadi ikut ayah jalan-jalan di pasar malam.

Ummi nak cuti lagi tak dapat lah, semalam dah cuti jaga adik dan kesihatan umi juga.  Rasanya tiada apa yang membimbangkan.  Petang nanti, ummi balik beli aiskrim Magnum kita makan sama-sama dengan adik-adik.
 

Memang dah lama Alif mengidam nak makan aiskrim Magnum.  Cuma ummi jer yang buat tak kisah.  Maklumlah harganya boleh tahan juga.  Tetapi untuk anak-anak tak mengapalah ummi berhabisan sikit semoga anak-anak bahagia.

kitar semula gambar lama... nampak sangat ker?

Bukan sahaja Alif, malahan Diena dan Inas juga tidak berapa sihat.  Dedor jer rasa badannya, semalam dah dapatkan ubat hari ini harapnya sihat lah yer sayang.

Sekarang memang musim demam.  Anak-anak pun sihat sekejap kemudian cering-cering balik badannya.  Tak berapa nak kebah.

Petang nanti buatkan air beras goreng campur jintan manis untuk air mandi anak-anak, manalah tahu demamnya tak berulang semula.  Pagi tadi tak sempat nak buat.



2 ulasan:

  1. semoga cepat sembuh ye kak... saya doakan...

    BalasPadam
  2. terima kasih Farah,
    begitulah hendaklah semoga mereka cepat sembuh :D

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian