lipstik yang rosak |
Hakikat bahawa kecantikan tidak kekal lama harus diterima oleh semua orang. Memang benar aye bukan pakar kecantikan dan bukan juga jurusolek artis.
Sama seperti gambaran lipstik di atas. Nak diceritakan lisptik dan bedak muka kena ada dua set satu tinggal di ofis dalam beg telekung dan satu set lagi tinggal di rumah. Dalam beg? memang tiada pakai siap di rumah. Tetapi bila nak keluar jalan-jalan haruslah bawa set dirumah.
Entah di mana silapnya. Rasanya dah letak di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai. Rupa-rupanya aye terlupa anak dara berdua di atas tu dah semakin tinggi dan dah pandai nak belek-belek barang peribadi aye... Tidak tahu yang mana satu punya kerja lantaran lipstik di atas menjadi mangsa.
Tidak ingin menyalahkan mereka sebaliknya kesilapan diri sendiri kerana lalai atau alpa ketika membuat penyimpanan maka kecantikan itu tidak kekal. Sama seperti gambar bunga putih di bawah yang juga tidak kekal.
bunga putih yang masih belum diketahui namanya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.