Pengikut Setia

23 Februari 2013

Bukan sikap yang baik

As salam,



Telah berlalu beberapa peristiwa yang kurang enak termasuk juga yang baik-baik.

Seperti biasanya kita akan sentiasa mengingat apa kebaikan yang telah kita buat atau beri kepada orang, dalam pada itu kita langsung tidak ingat apa pula perkara tidak baik yang telah kita lakukan kepada orang.

Perkara yang tidak baik seperti mengata, mengutuk, menyebar cerita yang tidak pasti atau paling tidak seluruh (bergurau) dengan nada yang kurang enak.  Memang kita tidak sedar.

Kita hanya akan tersedar bila mana kita mengetahui ada orang mengata atau mengutuk kita.  Oh! mengapa orang itu mengata kita.  Kita fikir kita tidak pernah ganggu dia dan tidak pernah mengata kita.

Mungkin juga seharusnya kita berterima kasih kepada orang yang telah mengata kita,kerana paling tidak kita tersedar bahawa kita juga ada kelemahan diri dan tidak sempurna dalam setiap tindakan.  Namun begitu kita tidak seharusnya cepat melatah dengan sikap orang lain sebaliknya memikirkan bagaimana jika kita yang melakukan begitu.  Tentu orang lain juga tidak suka.

Cara yang terbaik untuk berhadapan dengan situasi begini atau berhadapan dengan orang yang mengata kita adalah membiarkan ia berlalu, walaupun mungkin kita akan merasakan maruah diri sedikit tercalar kerana telah diburukkan atau dijadikan bahan bualan mereka.  Tetapi andai cerita itu tidak benar atau sengaja diperbesarkan ... bukan salah kita.

Jangan cuba menangguk di air yang keruh kelak binasa diri sendiri.




Bukanlah seseorang dikatakan mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.
(HR Tirmidzi)


Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia yang suka mengadu domba atau menyebar fitnah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian