Pageviews

20 Januari 2013

Tiada lagi berpimpin tangan

As salam,


pegang troli


Tiada maknanya lagi nak berpimpin tangan segala bagai.
Kalau dah mula beranak pinak... bukan kerana tidak bahagia
Haruskan bahagia itu ditafsirkan dengan berpegangan tangan sahaja
Pergi shopping pun bahagia juga kan....
Bila encik suami tolak troli berisi barang-barang dapur, makanya puan isteri pula boleh le sibuk-sibuk window shopping
... sambil lalu saja sebabnya encik suami jalannya laju sangat

Tetapi tidak mengapa bila ada kelapangan akan segera maklumkan kepada encik suami beberapa item yang diimpikan... semoga impian menjadi realiti... ngeee

Encik suami memang sporting sangat...
janji item yang nak dibeli itu memang perlu sangat dan tidak mendatangkan pembaziran... of course tidak!!!
tetapi dengan syarat jugalah... dompetnya penuh dan sarat sangat
al maklumlah encik suami tidak guna kad kredit atau kad debit (biarlah beribu datang beriklan... tidak dilayannya)

Pimpin tangan yer?
Kalau dulu masa wedding boleh le pegang-pegang tangan
sebelum sah nikah idak le nak sentuh-sentuh pun ...DOSA tau!!!
tapi selepas nikah... pegang tangan jugak lagi
tapi bila dah ada anak semakin kurang
FAHAM!!! bukan sebab tak sayang
yang penting tangan anak-anak tu nanti siapa pula nak pegang

dah resam nye begitu
terimalah seadanya

'rumahku syurgaku'

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt
    Betul le tu...
    Perhubungan tidak semestinya melalui ikatan tali atau berpegang-tangan! Apa yang penting adalah hubungan melalui ikatan akidah dan syariaat. Surah AlBaqarah:256 ..فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
    Surah AlJaasiyyah:18 ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَKesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
    Wallahualam
    .

    BalasPadam
  2. kalo saya bila free je kami ttp berpegang tgn .. nk lagi ank2 pun berebut nk pegang kalao kami suami isteri xpegang tgn deme pun idoknye mahu.. kononnye nk jln sendiri.. bila tgk ibu ngn babah pegang tgn baru nk nyibok.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.