Pengikut Setia

01 Julai 2011

Tanda cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak-agak la... bila baca tajuk catatan ni apa tanggapan pertama yang keluar di kotak fikiran yang luar biasa tu?  Tambahan pula hari ini hari Jumaat.  Apa sebenarnya tanda cinta?  Tanda cinta banyak kan... ada yang nampak di mata, ada yang hanya nampak di hati, ada yang nampak dengan perbuatan atau body language dan ada juga yang tak nampak-nampak sebab tak ada rasa cinta maka tak adalah tanda cinta.  Itu rentetan tanda cinta oleh manusia,

Tetapi.... bagaimana dengan tanda cinta kepada Allah? 

Meh layan dulu apa yang dinukilkan oleh Hafidz Hakami.  Siapa Hafidz Hakami? Tak kenal lagi.  Nanti kita sama-sama cari biografinya. Atau ada sesiapa yang kenal dan tahu boleh kenalkan.

~~~~~~~~~

Tanda kecintaan seorang hamba terhadap Allah adalah ia mendahulukan perkara-perkara yang dicintai Allah atas perkara-perkara yang dicintai oleh hawa nafsunya walaupun perkara-perkara dicintai Allah itu tidak disukai oleh hawa nafsunya; Ia membenci hal-hal yang dibenci oleh Allah walaupun hawa nafsunya senang kepadanya; Ia mencintai orang-orang yang mencintai Allah dan rasul-Nya dan memusuhi orang-orang yang dimusuhi-Nya; Dan ia akan berusaha untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam. 
(Hafidz Hakami berkata mengomentari firman Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surat al-Baqarah ayat 165)

~~~~~~~~~~~~

*

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian