Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dalam kehidupan ini kita tak selamanya boleh dan tak selamanya juga kita mampu hidup sendirian. Walau sekuat mana atau sehebat manapun kita, adakalanya kita memerlukan khidmat dan bantuan orang lain.
Tetapi bila kita rasa kita adalah orang yang hebat dan kuat mengatasi segala-galanya atau bila kita rasa kita mampu berhadapan dengan sebarang kemungkinan ia akan menjadikan kita seperti orang yang sombong. Peraturan dibuat sebagai panduan dan sempadan untuk kita menghadapi sesuatu situasi.
Betul! Melanggar peraturan adalah satu kesalahan, namun tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengalah sedikit untuk memberi kemudahan dan melepaskan kesusahan orang lain. Kita telah ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan, tetapi orang lain tidak dapat mengikutnya mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang diluar kawalan.
Kita harus sedar dan harus juga memahami situasi orang lain. Di situ kalau berkorban sedikit waktu dan tenaga untuk melepaskan kesusahan orang bukankah satu kemenangan buat kita. Ya! mungkin juga ada orang akan mengatakan kalau kita tidak ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan kita akan menjadikan orang itu 'naik lemak' dan sukar dikawal. Tetapi tahukah kita apa yang kita rasa bila kita berada di situasi itu.
Memang! kalau nak bercerita bab berkorban masa dan tenaga, tak semua orang suka. Kita lebih suka bercerita tentang kesusahan kita tanpa mengambil peduli akan hati dan perasaan orang yang dalam kesusahan.
Agak sukar untuk ditafsirkan bagaimana untuk diceritakan pun agak sukar kerana manusia ini corak pemikiran dan gaya berfikir berbeza. Tak semestinya orang yang pandai bercakap, lantang bersuara itu punyai naluri ingin membantu yang ikhlas untuk kebaikan orang. Dan !... tak semua juga orang yang tak pandai cakap itu tak punya perasaan.
Renung-renungkan. Kita mungkin akan berasa selesa dengan cara kita dan apa yang kita ada sekarang. Namun kita juga perlu ingat bahawa suatu masa kita akan memerlukan bantuan orang lain juga. Tidak semestinya orang yang kita bantu itu yang datang menolong dan tidak semestinya juga orang yang kita tidak bantu itu akan membantu kita.
Serius catatan ini kerana hati rasa kurang selesa dengan penilaian dan pendapat orang lain tentang memberi kesenangan untuk memudahkan idup orang lain.
Sekian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
bertolak ansur adalah cara terbaik :)
BalasPadamSalaM...
BalasPadamBiaSaLaH ManuSia.. SeMua PuN Nak MeNaNG... (-_-)
to ezan,
BalasPadambetul setuju... tetapi adakalanya bila kita banyak sangat bertolak ansur akan membuatkan kita rasa tidak selesa dengan pandangan orang lain yang tidak mahua atau kurang bertolak ansur.
to sis nad,
BalasPadamini memang bukan kisah perlumbaan siapa nak menang atau kalah, tetapi tetap juga ada orang yang nak menang sendirian...
If you are wrong, just apologise and admit, so much easier than trying to get out.
BalasPadamto kishnan,
BalasPadamtq
hidup nih seperti berperang
BalasPadamkena ada pelbagai strategi
adakala kita kena bertolak ansur
ada kala kita kena berkeras
ada kala kita kena berlembut
pandai2 lah mencorakkannya :-)
Blog Rollo De Pelicula
to hans,
BalasPadamitulah pentas kehidupan yang penuh dengan kepelbagaian ragam dan mehnah...