Pengikut Setia

22 Oktober 2010

Warisan: sketsa sebuah janji dan cinta

Assalamualaikum,

tiada apa yang istimewa untuk dicatatkan pada hari ini, hanya lirik lagu ini yang dititipkan menjelang dan meniti saat-saat terakhir sepanjang di sini... sebuah memori panjang yang sukar diungkapkan dengan kata2.  Mungkin juga sedikit sebanyak lirik lagu ini memberi kesan dan erti bagi sepanjang hayat aye di sini...

Warisan
Nyanyian:  Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
  • Cinta yang lahir di sini bukan cinta biasa tetapi cinta sejati yang murni yang mana tersemat cita-cita dan hasrat untuk melihat anak bangsa membangun dan menjadi warisan yang amat bernilai.
Andai ku terbuang tak diterima
Andai ku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
  • Aku percaya andai hasratku tak diterima di sini, tak mengapa... kerana suatu masa cinta dan hasrat yang tersemai ini akan ku bawakan ke mana sahaja dan akan ku teruskan perjuangan ini...
Betapa Bertapak
Di bumi ini ku melangkah
Ke Utara Selatan Timur dan Barat
Ku jejaki
  • Di Bumi yang luas terbentang ini, di mana saja ku melangkah akan aku teruskan perjuangan dengan semangat yang kental untuk terus berdiri dan berbakti
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
  • Aku tahu aku tidak mampu memikul senjata mahupun memandu jet sukov (tak der lesen daaa...) namun aku yakin dengan keupayaan yang ada pada diriku aku mampu berjuang dengan caraku sendiri...demi cintaku pada bangsa ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
  • Bagaimana harusku nyatakan hasratku ini, disepanjang kehidupan ini bahawa bukanlah hanya aku saja penyambung warisan...
  • .
  • .
  • .
  • .
  • .
  • .
  • .

2 ulasan:

  1. salam,

    Bukan *Bertapa...
    Kalau bertapa tak melangkah pun.

    * sepatutnya bertapak

    BalasPadam
  2. to Cikgu RI,

    typing error la pulak...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian