Assalamualaikum dan salam sejahtera,
(Gambar hiasan - diambil dari Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam) |
Entahlah ada ketika kita perlu meninggalkan atau melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lain. kerana mungkin juga sesuatu yang asal milik kita itu tidak sesuai dengan kita. tetapi boleh ke kita terima hakikat tu. contohnya, untuk beli roti gardenia kita perlu lepaskan sebanyak RM3.15... (mahal ke?) Ye lah kalau kita tak bayar harga roti tu mana boleh ambik jer, nak masuk lokap (hah hanya kerana RM3.15 jer)... apa-apa pun boleh jadi...
Begitu juga tak semua dalam dunia ini adalah milik kita seorang. Perlu dikongsi kan dengan orang lain (yang satu lagi... fikir ape?.... tak semua boleh kongsi woi...). Maksudnya bas awam atau teksi (jenis-jenis pengangkutan awam ler... apa la dok pikir). Kalau dah tempat duduk sebelah kita tu kosong jangan pulak letak beg atau pura-pura buat tak nampak, bagi le akak kita duduk tak pun kalau kita masih sihat dan kuat... bagi jer tempat duduk kita tu... salah ke buat baik? (lu pikirlah sendiri).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.
(Ubay bin Ka'ab)
kongsi suami ???
BalasPadamto paan,
BalasPadamhei... pandainye...tak semua buleh kongsi dan nak lepas pun tak boleh juga sembarangan, tu kena paham yek..hehehe
salam,
BalasPadamitu 'kos melepas' namanya...tapi ada juga orang yang mendapat berbagai perkara....namun 'kos melepas' tetap ada..
....demi tia yang baru...kan menjadi lama...
to cikgu Ri,
BalasPadameh, macam kelas busines plak...
baik cikgu...