Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak kebelakangan ini dan serasanya dah lama jugak
sering diperkatakan tentang keburukan dan kebaikan facebook
ntah di mana silapnya... nampak semacam banyak keburukan walaupun disebaliknya masih ada kebaikan
yang menjadi buruknya
bila hilangnya atau tiadanya integiriti di dalam diri ahlinya
kenapa integriti?
Integriti adalah berkaitan dengan kejujuran dan sifat keikhlasan dan apa juga yang berkaitan dengan sifat dan sikap yang penuh dengan kebaikan
mengapa nak membebel?
sebab rasa tak berapa suka dengan sikap sesetengah member/ahli
kenapa tak suka?
tak suka kerana suka menyebarkan berita yang bukan-bukan
walaupun sekadar untuk suka-suka atau gurauan....
namun gurauan itu seakan nak menikam rakan sendiri
macam musuh dalam selimut... sebenarnya aye tak suka guna ayat ni, tapi terpaksa guna
sebab... nampak baik tapi berselindung disebaliknya sikap yang tak baik...
dah terkena ker?
hampir-hampir terkena... dan memang dah kena kot...cuma tak berapa jelas... tapi dah terang dah ....
untuk rakan-rakan di facebook...(yang berkenaan jer)
mohon jasabaik janganlah suka menyebar fitnah
fitnah?
ye lah... fitnah... kalau berita tak benar...fitnah lah tu...
jagalah rumah tangga sendiri dan peliharalah keharmoniannya...
jangan kerana hanya suka-suka atau sekadar jenaka....rumahtangga orang lain bakal bergolak... tak baik untuk kesihatan ..
kenapa kesihatan?
hanya orang yang tak sihat yang suka buat cerita bukan-bukan dan menjadi penyebab (virus) kepada kemusnahan orang lain...
hentikan penyebaran berita yang tidak benar dan dusta...
stop!
kalu tak masih tak faham juga...
sudah-sudahlah melaga-lagakan orang lain yerk...
cukuplah dengan apa yang telah dibuat...
terlajak perahu boleh diundur...
terlajak kata.... lu pikirlah sendiri...
salam merdeka,
BalasPadamterlajak kata....
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
tO cIKGU rI,
BalasPadamselamat juga...