Pengikut Setia

12 Mei 2010

Fikir dengan Zikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.  Semoga juga kehidupan kita dipenuhi dengan kebaikan di depan, di belakang, di kiri, di kanan, di atas, di bawah dan juga di dalam diri kita sendiri.
~~~~~~~~~~~~
Tadbirlah fikir dengan zikir
Tadbir zikir dengan amal
Tadbir amal dengan zuhud
Tadbir zuhud dengan redha
Tadbir redha dengan syukur
Tadbir syukur dengan sabar
~~~~~~~~~
Catatan:

1.  Fikir:
Bersinonim dengan akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur, angan-angan

Bersinonim juga dengan ingat: ingatan, kira, rasa, sangka, kamat, firasat, telahan, teka,
Kata Terbitan : berfikir, berfikiran, memikir, memikirkan, terfikir, fikiran, sefikiran, pemikiran, pemikir,

2.  Zikir:
Perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir.
 
puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang.
 
zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, keampunan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah. bermunajat melakukan munajat; berzikir dan berdoa: Setiap hari dia ~ semoga diredai Allah akan segala yg dilakukannya
 
3.  Amal:
Amal Jariah - perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma).
 
Amal Ibadah - perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa).
 
4.  Zuhud:
hidupnya tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.
 
5.  Redha:
dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan.
 
(rĂ©da) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.
 
6.  Syukur:
1 terima kasih (kpd Tuhan), syukur terhadap nikmat Allah
2 beruntung; bernasib baik; mujur
 
7.  Sabar
-  betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya 
-  tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: ceritalah segera, desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; 
-  menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 
-  menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar
 
Sumber:  Dewan Bahasa dan Pustaka

~~~Sekian~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian