Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W
Hidup Untuk Memberi. Dalam hidup kita sudah pastinya ada ruang untuk memberi selagi masih hidup... hatta kiranya kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini... kita masih memberi... ??? Kenapa tak percaya? Bukankah ilmu yang manfaat yang kita tinggalkan itu adalah suatu pemberian kepada insan yang masih hidup...
Dari pengamatan aye, macam-macam kaedah dan cara untuk memberi... cuma sebutan dan pemahaman yang membezakan. Sebagai contoh menunaikan janji juga boleh dikatakan sebagai memberi. Kerana apabila kita berjanji kita telah membuka ruang untuk memberi, dan ruang itu hanya akan terisi setelah kita menunaikan janji dan secara tidak langsung janji yang telah kita tunaikan itu mampu memberi kesenangan kepada orang yang telah dijanjikan...
Memberi atau Pemberian itu tidaklah bermakna hanya dengan wang ringgit sahaja, ia mampu merangkumi senyuman, tenaga (usaha), doa dan ucapan yang baik-baik ... dan banyak lagi.
Ada Acer Aspire One percuma di sini
salam,
BalasPadamtangan kanan memberi,
sorokkan tangan kiri,
Derma bukan tontonan,
lakukan dalam sepi...
to cikgu RI,
BalasPadamberikan apa saja... akan ku pintal dan ku anyam menjadi awan gemawan untuk melindungi diri dari kepanasan dunia....