Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dah agak lama juga tak mengarang guna ayat sendiri... asyik-asyik ambil idea orang lain dan dipanjangkan untuk pengetahuan semua dan juga untuk ingatan sendiri.
Hari ini, ... agak lama juga aye berfikir untuk buat tajuk artikel ni.... cuma peluang sekarang baru ada... Ye lah sejak ada blog ni.... apa saja yang terlintas di depan mata semuanya nak masuk dalam blog... tapi AWAS... harus hati-hati.... supaya tiada hati yang tersinggung.
Apa yang Aye maksudkan adalah berkaitan mulut. Mulut ada macam-macam mulut, ada mulut tempayan jenis tak boleh simpan rahsia, ada mulut celupar yang suka cakap lepas jer, ada mulut laser yang cakapnya laju semacam laser tak ingat untung nasib semua lepas, ada juga mulut berbau... ini... mungkin sebab tak gosok gigi kot takpun sakit gigi.
Kenapa mesti tutup mulut bila ketawa? Kerana ikut sunnah Nabi s.a.w. Bahkan Nabi sendiri pun bila ketawa hanya ternampak sebaris gigi yang putih tak pulak sampai berdekah-dekah nak keras perut.
Ada juga sebilangan orang kata dan itu pendapat masing-masing lah kan... baik diam daripada berkata-kata.... maksudnya .... diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah dan menyusahkan orang. Itu juga bagus dan aye setuju.
Ada lagi orang suka diam jer... biarlah orang lain nak kata apa.... yang ini kekadang aye pun tidak berapa setuju... sebabnya ada baiknya kita bersuara bagi menjelaskan perkara yang sebenar... jangan sampai orang jual nama kita dan maruah kita dipermainkan. Berani kerana benar.
Yang sebenarnya, hari ini Aye rasa macam nak tutup mulut. Tak mau bercakap lagi, ... sebabnya... Aye nak bertapa dalam bilik fail..... buat kerja sorang2 mana nak bercakap plak.... kan... SUSPEN JAP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~