Hati yang derita, jiwa yang sengsara
Hatiku luka mana ubatnya
Susahnya jadi aku
@
Aku yang susahkan diri
Mengapa susahkan diri jika takut pada susah
Jika tiada susah tiadalah senang
Kerana susah dan senang adalah sahabat sejati
Air mata?
Bukanlah penawar buat hati yang derita
Juga bukan ubat buat jiwa yang sengsara
Pasrahkan diri hanya pada yang Esa
Yang Maha Mendengar segala rintihan hambanya....
Tuhan! Ku songsong masa silamku....