Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Raya Haji, Raya Korban, Raya Aidiladha nama lain tetapi maksud yang sama. Zaman budak2 dulu selalu sebut Raya Haji.
Tak sempat nak buat karangan panjang lebar.
Selalu pun macam tu kan
|
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445/2024 |
Raya Haji tahun ni lain sikit. Lain kat mana tak tau, tapi memang lain. Malamnya sakit kepala yang teramat sangat terpaksa telan ubat 2 biji. Maka urusan mengemas diserahkan kepada mereka yang ada. Disebabkan tidur awal, maka terjaga awal seawal 4.00 pagi. Bangun sambung kemas apa yang patut, siapkan apa yang ada.
Cepat-cepat bersiap, ikut pergi ke masjid tetapi tak masuk masjid, kita tunggu dalam kereta dengar khutbah raya dari dalam kereta. Lepas selesai urusan solat raya di masjid, sempat juga singgah ke masjid satu lagi tengok urusan korban. Meriahnya, ramai orang mungkin juga kerana banyak korban yang dilaksanakan pada raya haji tahun ni.
|
Lermbu Korban |
Bukan lembu kami tetapi lembu korban milik orang lain. Kami hanya melihat dan 'dia' juga melihat kami. Semoga korban mereka semua diberkati.
Terima Kasih.