Pengikut Setia

17 Jun 2024

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445/2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Raya Haji, Raya Korban, Raya Aidiladha nama lain tetapi maksud yang sama.  Zaman budak2 dulu selalu sebut Raya Haji.

Tak sempat nak buat karangan panjang lebar.   
Selalu pun macam tu kan


Selamat Hari Raya Aidiladha 1445/2024
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445/2024


Raya Haji tahun ni lain sikit.  Lain kat mana tak tau, tapi memang lain.  Malamnya sakit kepala yang teramat sangat terpaksa telan ubat 2 biji.  Maka urusan mengemas diserahkan kepada mereka yang ada.  Disebabkan tidur awal, maka terjaga awal seawal 4.00 pagi.  Bangun sambung kemas apa yang patut, siapkan apa yang ada.

Cepat-cepat bersiap, ikut pergi ke masjid tetapi tak masuk masjid, kita tunggu dalam kereta dengar khutbah raya dari dalam kereta.  Lepas selesai urusan solat raya di masjid, sempat juga singgah ke masjid satu lagi tengok urusan korban.  Meriahnya, ramai orang mungkin juga kerana banyak korban yang dilaksanakan pada raya haji tahun ni.


Lembu Korban
Lermbu Korban

Bukan lembu kami tetapi lembu korban milik orang lain.  Kami hanya melihat dan 'dia' juga melihat kami.  Semoga korban mereka semua diberkati.


Terima Kasih.  
 



15 Jun 2024

Laksa Mee Pangkor Dari Bandar U

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jumaat kelmarin, kafe ofis ni tak pastu buka ke tidak.  Rasanya tak buka kot.  Jadi kirim makan tengahari dengan bos.  Tak tau apa nak makan sebenarnya bila dah tak nampak dengan mata sendiri.  Jadi disebabkan dah ada tawaran orang nak belikan jadi kita kirim yang mana mudah.


Laksa Mee Pangkor.  
  
Jadilah buat alas perut makan tengahari.  Kalau ikutkan memang tak cukup sebungkus ni.  




Ya, dah lama juga tak makan laksa mee.  Ada banyak je jual di gerai panjang berhampiran jalan besar tu.  Laksa mee ni sedap kalau makan ramai2 sambil berebut sambal udang. 


Terima kasih.  Syukur untuk rezeki hari ini. 

Carian