Pengikut Setia

08 Januari 2021

Giveaway by ejulz & anakdenesor di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sekali lagi buat posting senang dan mudah.  Tak perlu kerah idea atau ttulis banyak-banyak.


Giveaway by ejulz & anakdenesor 


Giveaway by ejulz & anakdenesor


Giveaway tamat pada 15 Januari 2021.


Terima kasih, baca dan komen. 

.

Zikir Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alhamdulillah Jumaat datang lagi.  Penghulu segala hari yang terkandung dalam barakah yang melimpah.

Ramai dah tau kan banyak fadhilat pada hari Jumaat.  Sekali lagi, jom amalkan Zikir hari Jumaat. Allah swt akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.


Zikir Hari Jumaat


Zikir Hari Jumaat


Mari amalkan zikir ini 1,000 kali sehari. Nampak macam berat? 
Buatlah 200 kali setiap kali berwirid selepas solat atau ambil masa lapang ... sekejap jer dah habis 1000 kali 'Ya Allah'

Masa yang kita luangkan sikit itulah yang akan selamatkan kita. Insya-Allah.

Selamat beramal.  Terima kasih.

07 Januari 2021

12 TIPS BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga hari-hari yang kita lalui senantiasa dikelilingi keindahan dan kebaikan.  Hari ini, akak nak share tips kenapa kita perlu berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain?  Jawapan mudah adalah kerana kita tidak sama dengan orang lain.  




12 TIPS BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

  1. Fikir kenapa anda perlu membandingkan diri anda dengan orang lain?
  2. Adakah cara hidup anda sama dengan cara hidup orang lain? 
  3. Betulkah kehidupan orang lain lebih sempurna daripada anda?
  4. Mungkin hanya daripada luaran sahaja
  5. Setiap orang unik dan berbeza 
  6. Renung... hidup bukan pertandingan, hidup adalah perjalanan
  7. Perjalanan hidup anda tiada kaitan dengan orang lain 
  8. Anda yang menentukan apa yang anda mahu dan ke mana anda mahu pergi 
  9. Gagal itu biasa sebab anda manusia yang tidak sempurna
  10. Yang penting anda bangun dan usaha lagi 
  11. Ingat apa sahaja yang anda lalui pastinya bersesuaian dengan kehidupan anda
  12. Lalui kehidupan anda dengan penuh bersemangat, sabar dan tawakal kepada-Nya.

Sama-sama kita perhatikan diri sendiri, ada tak yang tersangkut pada mana-mana nombor di atas.


Terima kasih. 

Carian