Semoga hari-hari yang kita lalui senantiasa dikelilingi keindahan dan kebaikan. Hari ini, akak nak share tips kenapa kita perlu berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain? Jawapan mudah adalah kerana kita tidak sama dengan orang lain.
12 TIPS BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
- Fikir kenapa anda perlu membandingkan diri anda dengan orang lain?
- Adakah cara hidup anda sama dengan cara hidup orang lain?
- Betulkah kehidupan orang lain lebih sempurna daripada anda?
- Mungkin hanya daripada luaran sahaja
- Setiap orang unik dan berbeza
- Renung... hidup bukan pertandingan, hidup adalah perjalanan
- Perjalanan hidup anda tiada kaitan dengan orang lain
- Anda yang menentukan apa yang anda mahu dan ke mana anda mahu pergi
- Gagal itu biasa sebab anda manusia yang tidak sempurna
- Yang penting anda bangun dan usaha lagi
- Ingat apa sahaja yang anda lalui pastinya bersesuaian dengan kehidupan anda
- Lalui kehidupan anda dengan penuh bersemangat, sabar dan tawakal kepada-Nya.
Sama-sama kita perhatikan diri sendiri, ada tak yang tersangkut pada mana-mana nombor di atas.
Terima kasih.