Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mengapa mesti jauhi Riyak
Riyak dalam bahasa Melayu merupakan sifat atau sikap yang suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd orang lain, bukan kerana Allah; meriyakkan menjadikan riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Hatinya gelisah mencari pujian,
menanti-nanti kapan pujian dan sanjungan tersebut datang,
kecewa jika pujian yang ia dapat tak seperti yang diharapkanny
dan yang paling mengenes diakhirat kelak akan dipermalukan Allah dihadapan khalayak. Nauzubillah.
Sebab itulah kita mesti menjauhi sifat riyak, kerana kita tidak mahu dimalukan. Terutamanya bila dimalukan dikhalayak ramai... bukan seorang dua, bahkan seisi alam buana.
Semoga kita terhindar dari dimalukan di dunia dan di akhirat.
Sama-sama kita pelihara maruah diri dan harga diri kita.
In shaa Allah kita lakukan yang terbaik.
Doakan yang baik-baik dan cakap yang baik-baik juga.
Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Mengapa mesti jauhi Riyak.