Pengikut Setia

06 Disember 2017

Apa lagi yang boleh dibekalkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa lagi yang boleh dibekalkan


Berkali-kali juga entri sebegini dikeluarkan.  Dan entah berapa kali jugalah topik sebegini sering bersiaran.  Selagi ada hayat ini... selagi itulah juga peringatan itu terus dijadikan bekal buat peringatan diri yang kerdil ini... semoga terus kukuh dan sebati dalam diri.

Moga Allah tabahkan hati, kuatkan iman, tinggikan kesabaran dalam menghadapi ujian dengan manusia dan semuanyaa 😊❤️




HIDUP tidak lain adalah sebuah harapan, kerana itu jalani hidup dengan penuh harapan dan cinta.

Hidup berkawan dengan ajal, kerana itu jalani hidup dengan penuh perjuangan dan kesabaran.


Terima kasih atas kesabaran dalam meneruskan pembacaan bersama entri ini, Apa lagi yang boleh dibekalkan

Doa setiap pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Doa setiap pagi


Alhamdulillah...

Allah masih membangunkan kita pada hari ini...

Kita masih boleh bernafas,

Mari kita manfaatkan waktu kita ini buat yang baik-baik.

Semoga hidup kita bermanfaat untuk orang banyak.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.



Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku setelah mematikanku, dan kepadaNya-lah kami akan dibangkitkan (dikumpulkan).

Aamiin.


Terima kasih kerana membaca entri ini, Doa setiap pagi.



04 Disember 2017

Selamat Pagi Hari Yang Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Pagi Hari Yang Baru


Hari ini, hari ke 15 RABIUL AWAL 1439.

Hidup Matiku...Hanya untuk Allah.

Ramai yang fikirkan hidup berbanding mati hingga terlupa untuk mencari bekal untuk hidup selepas mati... hinggakan yang menulis ini juga sering begitu.  Nauzubillah.

Hari Baru...dipenuhi dengan semangat baru.



Barangsiapa yang tak dapat menjaga hatinya, 
nescaya dia tak akan dapat menjaga lidahnya.
(Imam Al-Ghazali)


@quotephotovideo ❤️❤️❤️


Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk entri ini, Selamat Pagi Hari Yang Baru.
szi

Carian