Pengikut Setia

16 November 2017

Mengapa mesti jaga akhlak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa mesti jaga akhlak?


Pesanan yang sama setiap hari kita ajukan kepada anak-anak ketika menghantar mereka ke sekolah.

Jaga diri baik-baik
Jangan bergaduh
Ikut cakap cikgu
Dengar cakap cikgu
Jaga perangai, jangan buat perangai tak elok

Itu itulah pesanan yang sering diberikan.  Mudah-mudahan difahami oleh anak-anak.




Barangsiapa yang tak dapat menjaga akhlaknya, niscaya dia tak akan dapat menjaga agamanya.  (Imam al-Ghazali)



Orang yang menghias akhlaknya dengan akhlak yang baik tidak akan kering bau wanginya sehingga dia berada didalam KUBUR SANA...

@quotephotovideo 🌿🌿🌿

Terima kasih untuk entri ini, Mengapa mesti jaga akhlak.

szi πŸ’š

Baiki Hubungan Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baiki Hubungan Kita


Macam mana nak baiki hati yang sakit terluka ini?

Masih teringat suatu masa dahulu bila keluarkan entri begini, akan ada seorang insan yang akan menjawab melalui komen... yang antara lain bermaksud kerana kita pernah menyakiti hati orang lain maka adalah tidak mustahil kita juga akan sakit hati dan terasa hati.

Ya.. ada benarnya tanpa disedari melalui kata-kata atau perbuatan kita akan ada insan lain yang berkecil hati dan sakit hati dengan kita.  Tetapi kita langsung tidak sedar kerana kita merasakan bahawa kita sudah habis baik seolah-olahnya kita ini orang yang mulia... Allahu... sentap bagaimana lagi yang hendak digambarkan bila kita sendiri terasa hati dengan perkara kecil ..


Baiki Hubungan Kita

Baiki Hubungan Kita



Maka... Muhasabah diri ini...
Baiki dulu hubungan kita dengan Allah. In sha Allah, semua akan jadi lebih sempurna.


Terima kasih atas perhatian semua untuk entri ini,  Baiki Hubungan Kita

Syukuri Nikmat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukuri Nikmat


Hiasi diri dengan Keimanan
Syukuri pemberian dengan Keikhlasan
Rendah diri dengan Kelebihan yang dipinjamkan

Selamat Pagi Semua

Syukuri Nikmat

"Dan apa saja Nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah (datangnya)"  (Surah An-Nahl: 53)


Alhamdulillah, hari ini diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan melaksanakan urusan harian. Semoga diberikan kemudahan dalam melaksanakan tugas dan diberikan hidayah untuk terus berbuat baik kepada semua makhlukNya.


Terima kasih dan sama-samalah kita Syukuri Nikmat.

szi πŸ’–

Carian