Pengikut Setia

17 Oktober 2017

Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat



Kunci Kebahagiaan
Kunci Kebahagiaan

Kebaikan dunia dan akhirat ada pada 5 hal:

  1. Kekayaan jiwa
  2. Menahan diri dari mengganggu orang lain
  3. Penghasilan yang halal
  4. Pakaian ketaqwaan
  5. Percaya kepada Allah Azza wa Jalla dalam semua keadaan
(Al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi'iy)

Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat


16 Oktober 2017

Berhenti menulis kerana hati tak gembira?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhenti menulis kerana hati tak gembira?


Tidak juga.
SZ tidak berhenti menulis
Tetapi SZ mengumpul semangat untuk menulis
Semangat ni kadang-kadang tidak berapa stabil
Terutama mood tidak berapa nak okey
Nak tulis mengenai mood pun kena ada cara dan gaya yang betul
Silap tulis dan salah pula pemahaman orang
Walaupun kita tulis dengan nada yang betul... pada pandangan kita




Hati tidak gembira?
Positifkan minda
Kita tidak dapat tukar perasaan yang tidak gembira itu
Kerana kita manusia biasa
Tetapi kita boleh fikirkan yang positif atas apa yang berlaku yang menyebabkan hati kita tidak gembira

Setiap apa yang berlaku ada atas kehendakNya
Biarpun kita tidak pernah meminta
Tetapi itu semua lumrah
Kita mampu mengelak tetapi kudrat kita terbatas kerana pemikiran kita
Justeru jadikan apa yang yang berlaku sebagai pengajaran

Tidak semestinya yang berlaku pada orang lain itu tidak berlaku kepada kita.
Hanya cara dan masa saja yang berbeza mengikut keupayaan dan kemampuan kita.

In shaa Allah saya okey... cuma ambil masa untuk stabilkan emosi dan perasaan.
Sehingga kini masih lagi pasrah dan berserah kepadaNya.
Kerana setiap penyakit itu ada penawarnya.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini, Berhenti menulis kerana hati tidak gembira?

14 Oktober 2017

Agama Itu Nasihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Agama Itu Nasihat





بسم الله الرحمن الرحيم☔☔

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR. Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. 🌱Agama ini terletak pada nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

2. 🌱Ibnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.

3. 🌱Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.

4. 🌱Nasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.

5. 🌱Nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.

6. 🌱Nasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah. Jangan biarkan pemimpin berterusan dalam kemurkaan Allah.

7. 🌱Nasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.

*🌿Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.🌿*

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

🌱🌺🌱🌺🌱🌺🌱🌺🌱🌺
posted from Bloggeroid

Carian