Pengikut Setia

22 Julai 2017

MELATIH HATI AGAR TENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🌹MELATIH HATI AGAR TENANG 


🌿Ketika merasa sunyi BERZIKIRLAH kerana ALLAH Maha Mendengar

🌿Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH kerana ALLAH Maha Memberi

🌿Ketika marah BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH Maha Pemaaf

🌿Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH kerana ALLAH Maha Pengasih

🌿Terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik

🌿ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya

🌿Latih hati untuk PERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH

🌿Latih hati untuk BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia

🌿Latih hati untuk BERSYUKUR, Insha ALLAH kita bahagia

🌿Latih hati untuk MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan sirna

🌿Semoga Kita Semua dapat meng-Amalkan nya. Insha ALLAH hidup akan tenang




Sumber @theplanetd
Find an unforgettable sunset

sumber @quotephotovideo 💛💛💛


Terima kasih baca entri ini MELATIH HATI AGAR TENANG

szi. 😌

Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali


Maahad Tahfiz Al Fateh melancarkan kempen  Sumbangan Tunai Pembangunan untuk:

1️⃣ Bangunan 2 Tingkat (9,100kps). Meliputi Asrama Pelajar, Kelas, Dewan dan Pejabat Pentadbiran.
2️⃣ Kerja-kerja Tanah dan Prasarana
3️⃣ Landskap Maahad
4️⃣ Padang dan Kemudahan Kokurikulum
5️⃣ Dana Operasi 2018 dll

InshaAllah, sumbangan yang diberikan mampu merealisasikan misi kami untuk lahirkan golongan penghafaz al-Quran yang mantap hafazannya, serta faham dan menghayati Al Quran. Semoga kita semua diberi rahmat di akhirat kelak.

Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali



Bagaimana mahu menyumbang?


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun pengendali Maahad Tahfiz Al Fateh:

Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd
💳 Maybank Berhad - 5628 3463 2065
💳 Bank Islam (BIMB) - 12029 0100 73969

Sumbangan juga boleh dilakukan secara ONLINE; M2U, Cimbcliks dan lain-lain

KLIK---> http://billplz.com/lotsumbangantunai

Jika anda memerlukan resit sumbangan, boleh Telegram Atau Whatapps: http://www.wasap.my/60193542769

✨ Latar belakang


Maahad Tahfiz Al Fateh adalah sebahagian dari projek induknya, Kompleks Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu. Tanah asalnya berkeluasan 9 Ekar, sekarang sudah berkeluasan 23 ekar. Bangunan yang sudah dibina : Surau dan Tandas.

Pembinaan bangunan 2 tingkat yang meliputi Asrama, Kelas, Pejabat Pentadbiran dan Dewan, dan kerja-kerja tanah sedang berjalan. Dijangka beroperasi pada 2018.

KLIK VIDEO PENUBUHAN MAAHAD  -» https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1693409247622265&id=1566880446941813

✨ Info Rasmi

🏢 Maahad Tahfiz Al Fateh

📩 Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, 44300, Batang Kali, Selangor

FB: Maahad Tahfiz Al Fateh: www.facebook.com/tahfizalfateh
WEB : www.tahfizalfateh.com
CHANNEL TELEGRAM : telegram.me/maahadtahfizalfateh

☎️ No. Telefon Pejabat: 019-3542769
☎️ Pengelola(Ust Rusdi): 013-3690095
☎️ Pengelola (Ust Asri): 013-3335195


💠 Sumbangan lain

Sumbangan juga boleh dilakukan dengan cara menyertai PROJEK DANA TAHFIZ AL-FATEH;

🏢 TAKAFUL KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH
Cukai jalan dihantar terus ke alamat yang diberikan.
☎️ SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 013 931 9975 / 013 9959975

🏢 WAKAF QURAN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH
Untuk keterangan lanjut, hubungi pengurus Wakaf Quran : ☎️019-3540779
Juga boleh berwakaf secara ONLINE; M2U, Cimbcliks dan lain lagi

KLIK---> http://billplz.com/wakafquranalfateh

Moga segala usaha kita dalam menjayakan misi ini diterima oleh Allah SWT.

Terima Kasih atas kesudian membaca entri ini Maahad Tahfiz Al Fateh, Batang Kali


szi.😌


21 Julai 2017

Setelah seminggu menyambung nyawa blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah seminggu menyambung nyawa blog


Setelah seminggu menyambung semula nyawa blog ini, baru nampak hasilnya.  Biarpun tidak banyak yang dapat dibanggakan tetapi kehadiran insan-insan istimewa yang meninggalkan jejak bertulis sedikit sebanyak dapat menaikkan semula semangat untuk menulis.



Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan tetapi entah dari mana hendak memulainya.
Bagaimana hendak memulakan sebuah bicara kiranya terlalu lama diam membisu.
Apa pula penerimaan pembaca ke atas tulisan yang caca marba ini, yang sememangnya dari dulu tidak mengikut perenggan dan aturcara.

Biar apapun hasilnya.  Kekuatan semangat untuk menulis semula itu turut menuntut kesabaran dan kekuatan dalaman.  Kekuatan melawan nafsu yang malas dan juga pembahagian masa.

Semoga dengan kembalinya semula blog ini dengan penjenamaan baru dapat memberikan manfaat buat semua.

Terima kasih.



szi.😍

Carian