Cerita gembira menyenangkan hati
Siapa suka cerita sedih jangan angkat kaki.
Pagi-pagi hari Isnin ni eloklah rasanya kita mulakan cerita dengan berita gembira supaya mood kita untuk bekerja pada hari ini dan minggu ini dapat distabilkan. Sebaliknya bila kita mulakan hidup ini dengan cerita sedih pastinya kita akan terasa sedih sepanjang hari.
Berkongsi tips dari otai blogger, iaitu ramai orang tahu menulis perbanyakkan cerita gembira. Walaupun kadangkala ada cerita sedih nak dikongsikan, tetapi ada baiknya kita jadikan ia sebuah cerita yang mengembirakan. Mungkin melalui jalan cerita yang menarik tetapi terselit rasa gembira disebalik kesedihan itu. Kita kan blogger, pastinya banyak idea yang berlebihan. Sebagaimana kita, orang lain juga tidak suka dengan entri yang menarik simpati berlebihan.
Gambar di atas adalah petikan daripada antara cerita-cerita gembira yang pernah dipaparkan di blog ini. Nak tahu, cerita apa carilah.
Apa cerita gembira nak tulis dalam blog? Cerita anda dapat pendapatan dengan blog pun boleh, cerita anda pergi melancong pun boleh, cerita dapat baby baru, cerita anda dapat hadiah giveaway ... semua cerita gembira seperti ini orang suka baca, dan ia berikan aura positif untuk blog.
Tetapi harus ingat juga, cerita gembira bagaimana yang hendak dikongsikan. Kegembiraan berlebihan juga boleh mendatangkan rasa tidak suka pembaca terhadap entri dan blog itu sendiri.

Sekian dahulu, selamat berkongsi kegembiraan.
Terima kasih kerana sudi berkongsi Cerita gembira menyenangkan hati
Terima kasih kerana sudi berkongsi Cerita gembira menyenangkan hati