Pengikut Setia

15 Februari 2016

Merajuk dan tawar hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Merajuk dan tawar hati



Merajuk dan tawar hati

Merajuk dan tawar hati adalah dua perkara yang berbeza.

Merajuk ialah apabila kita tersinggung tapi masih ambil berat.

Tawar hati pula bila kita dah memang mati rasa dan pastinya tak nak ambil tahu terus.

*p/s:  Siapalah kita nak merajuk dan tawar hati.  Bukan boleh senang pun. 
YangBaik selalu diingatkan perasaan yang kita rasa dan alami itu adalah sama dengan perasaan orang yang pernah kita sakiti hatinya.  Betul juga, kita pun kadang-kadang tidak ingat kalau-kalau kita pernah menawarkan hati orang lain.


Sekian.

14 Februari 2016

Sebab jadi baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebab jadi baik

Sebab jadi baik

Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik.

Dan, kadang-kadang Allah tarikh balik mereka semua, sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia.

*p/s:  Mana kita nak tahu kan.  Maka, jadilah baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita kerana itulah suruhan agama.

Terima kasih.




13 Februari 2016

Mengapa tidak boleh sakiti tetangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa tidak boleh sakiti tetangga


Tetangga adalah jiran kita yang tinggal paling hampir dengan kita.  Paling mudah orang yang menetap di rumah sebelah rumah kita.  Orang yang rumahnya kita berkongsi dinding kiri dan kanan, itupun kalau kita tinggal di rumah teres.

Bagaimana kita hendak hidup aman, begitulah juga tetangga kita.  Jadi bila kita terasa sakit hati dengan perbuatan jiran kita, begitulah juga perasaannya bila kita lakukan sesuatu yang dia tidak suka.

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.  (HR Bukhari)

Semoga kita akan sentiasa menjadi tetangga yang baik buat tetangga kita.

Terima kasih sudi baca entri Mengapa tidak boleh sakiti tetangga. 

Carian