Pengikut Setia

22 Januari 2016

Cerita Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cerita Petang Jumaat



Petang-petang begini menghadap komputer lama-lama mahu juga komputer yang taip sendiri.  Paling tidak tengok komputer tembus sampai dinding belakang.  Oleh kerana masa rehat tengahari tadi yang agak panjang, masa makan pun panjang.  Boleh sembang panjang-panjang tetapi mata tidak mampu dilelapkan kerana memikirkan kain dalam bakul yang belum dilipat.  Banyak juga yang bermain difikiran.

Bukan tidak mahu sambung kerja semula tetapi mata ini terasa seakan semakin layu dan ayu saja.   Tersengguk-sengguk sendirian depan komputer.  Zaman sekarang semua maklumat kerja tersimpan rapi di dalam komputer.

Sebelum YangBaik berbicara lebih panjang dan menambah lagi rasa mengantuk, dikongsikan di sini beberapa bait bicara sebagai peringatan buat diri.

Doa


Tasbih dan Zikir
Tasbih dan Zikir

Semoga bermanfaat buat semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini, Cerita Petang Jumaat






Kuasa kita terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa kita terhad


Agak sukar sebenarnya untuk kita mengatakan orang lain telah membuat aniaya kepada kita.  Bila difikirkan semula apakah jenis penganiayaan yang telah kita terima.  Kerana bila difikirkan semula penganiayaan yang diterima oleh sahabat Nabi S.A.W iaitu Bilal bin Rabah, pastinya tidak sama dengan apa yang dikatakan kita dianiaya.

Bila kita syak orang telah buat aniaya kepada kita terus saja kita membalasnya mengikut kefahaman dan kudrat yang kita ada.  Kadang apa yang kita balas itu nampak seperti tidak masuk akal dan tidak setimpal.  Tetapi apa kita peduli asalkan kita rasa puas hati dan dendam kita terbalas.

Gambar hiasan.  Sumber Facebook

Pada pandangan saya yang kurang arif ini, walaupun kadang-kadang geram juga dengan apa yang berlaku kepada kita.  Selalu juga memikirkan ada orang hendak menganiaya kita.  Adalah tidak bijak sebenarnya untuk kita membalas semula apa yang dikatakan penganiayaan terhadap kita.  Kerana kita sebenarnya tidaklah mampu berlaku adil walaupun kepada diri sendiri inikan pula hendak menilai penganiayaan orang ke atas diri kita.

Cara yang terbaik adalah memaafkan penganiaya jika kita rasakan dianiaya.  Pastinya ada sebab tertentu yang menyebabkan penganiayaan itu berlaku.

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.  (Umar Al Khatab)

Serahkan saja penganiayaan itu kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga mendapat menfaat dan peringatan buat diri sendiri agar tidak terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kuasa kita terhad.

21 Januari 2016

Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.

Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.

Kacip Fatimah OK
Kacip Fatimah OK 

Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.

Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.

Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.

Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.


Carian