Pengikut Setia

26 Oktober 2015

Fikir sebelum buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir sebelum buat


Selalu juga cakap pada anak-anak, sebelum nak buat apa-apa tu fikir dulu.  Tak tahulah mereka itu faham atau tidak.  Sebabnya dah cakap berkali-kali pun perkara yang sama masih juga berulang. Antaranya jangan main bola dalam rumah, main juga.  Kan dah cakap sebelum buat apa-apa fikir dulu, kalau dah jadi kan ke susah nanti.


Fikir Positif
Fikir Positif
Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.(al-Hasan)

Buat masa ini pesanan tetap juga diberikan.  Semoga bila mereka besar nanti mereka ingat setiap pesanan dan mampu berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.


24 Oktober 2015

Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan Berharap Dengan Hak Orang Lain


Hak orang lain tidak perlulah kita pertikaikan.  Kerana kita tidak suka bila ada orang lain pertikai hak kita.  Sedangkan kita sendiri tidak pasti daripada mana kita peroleh sesuatu hak.  Yang pastinya kita perlu berhati-hati dengan hak yang kita ada agar tidak menyentuh hati dan perasaan orang lain.

Hak itu boleh ditafsirkan sebagai kuasa, kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan dan prerogatif (hak istimewa).  Setiap dari kita mempunyai hak seperti di atas tetapi dalam konteks yang berbeza kerana keperluan yang berbeza.

Keywords 23 Oktober 2015
Keywords 23 Oktober 2015

Begitulah yang mendatangkan idea kepada kita menjadi hak kita untuk menulis sesuatu yang baik juga tidak baik.  Tetapi pilihlah untuk menulis yang baik-baik kerana itu lebih baik untuk kehidupan kita di sini dan di sana kelak.



Anak orang, anak orang juga bermaksud Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. 
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu



23 Oktober 2015

Entri Menari Minggu Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entri Menari Minggu Ini


Setiap entri yang dikeluarkan semuanya menarik.  Menarik pada mata kasar penulis blog ini tidak lebih dari itu.  Kerana entri itu dikeluarkan pada saat tertentu yang melambangkan situasi semasa serta pengalaman semasa juga dari penghayatan kepada alam.

Berikut adalah antara 10 entri menarik yang menjadi pilihan ramai. 

Entri Menarik Minggu Ini


Untuk melihat kandungan entri ini anda boleh klik pada kotak 'POPULAR' di tepi blog.  Mungkin juga ketika anda klik di situ pada waktu lain senarai popular itu sudahpun berubah.  

Ada kekuatan tersendiri dalam setiap entri.  Mungkin juga ada kaitan dengan pembaca yang membuat pilihan.

Terima kasih kepada awak semua yang sudi menjejaki blog picisan ini.

Selamat berblogging secara berhemah.

Carian