Pengikut Setia

19 Oktober 2015

Keywords Menarik Minggu Lepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keywords Menarik Minggu Lepas


Setiap hari pun penuh dengan keywords menarik tetapi tidak pula berkesempatan nak rakamkan di kanvas blog ini.  Ada kalanya nak menaip menjadi malas kerana kurangnya semangat yang kuat dalam diri. Tidak kiralah dengan bermacam-macam alasan.  Kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih.  Jadi, marilah kita hentikan reka dalih teruskan usaha untuk meningkatkan jati diri.

Keywords menarik minggu lepas yang ingin dikongsikan adalah berkenaan dengan pencarian maklumat oleh rakan blogger yang singgah di blog ini.  Nak tahu apa yang mereka cari?  Marilah kita tengok.

Keywords 12 - 18 Oktober 2015

Minggu lepas dan seperti minggu-minggu yang sebelumnya blog YangBaik tidak lari dari keywords yang sama tetapi olahan ayat saja yang berlainan.  Sayangnya YangBaik tidak sempat merakamkan keywords menarik minggu yang terdahulu.

Ada di antara keywords yang dicari itu kena tepat dengan tajuk entri di Blog YangBaik.  Nak tahu keywords yang mana satu cuba cari di kotak 'search'.  

Okey, selamat berusaha.



17 Oktober 2015

Ambil positif tolak negatif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ambil positif tolak negatif

Apa lagi ingin dikatakan bila mata rasa terseksa, hati pula rasa serabut.
Mungkin dari awal kita tidak tahu atau kita tidak perasan apa yang telah diaturkan.
Kita seringkali menjadi mangsa keadaan kerana kita mudah lupa.
Seringkali sangka kita ini hebat walaupun bakat kita tidak sebesar mana, jasapun tidaklah sebanyak mana
Kita seumpama malukut tepi gantang

Kembali kepada fitrah kejadian kita
Kenali dan fahami tujuan asal kejadian kita.



posted from Bloggeroid

14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Salam Maal Hijrah 1437


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1437.  Seperti biasa juga, begitu cepat masa berlalu.  Tanpa kita sedari tahun 1436 Hijrah telahpun berlalu dan kini 1437 Hijrah menunggu kita. Apakah kita pasti dengan pengisian rohani sepanjang tahun yang telah lalu.


Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah

Kini diari baru bermula untuk tahun baru hijrah.  Semoga lebih banyak penghijrahan ke arah yang lebih baik dapat dilaksanakan pada tahun 1437 Hijrah.  Penuhkan pengisian diari hijrah dengan amalan baik, meningkatkan jati diri dan semangat kerohanian ke arah yang lebih baik secara berterusan disamping berusaha melakukan perubahan pada diri dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup dapat dihapuskan.

Selamat menyambut Maal Hijrah.  Semoga kita semua dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan oleh Allah.  Semoga kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.





Carian