Pengikut Setia

17 Oktober 2015

Ambil positif tolak negatif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ambil positif tolak negatif

Apa lagi ingin dikatakan bila mata rasa terseksa, hati pula rasa serabut.
Mungkin dari awal kita tidak tahu atau kita tidak perasan apa yang telah diaturkan.
Kita seringkali menjadi mangsa keadaan kerana kita mudah lupa.
Seringkali sangka kita ini hebat walaupun bakat kita tidak sebesar mana, jasapun tidaklah sebanyak mana
Kita seumpama malukut tepi gantang

Kembali kepada fitrah kejadian kita
Kenali dan fahami tujuan asal kejadian kita.



posted from Bloggeroid

14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Salam Maal Hijrah 1437


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1437.  Seperti biasa juga, begitu cepat masa berlalu.  Tanpa kita sedari tahun 1436 Hijrah telahpun berlalu dan kini 1437 Hijrah menunggu kita. Apakah kita pasti dengan pengisian rohani sepanjang tahun yang telah lalu.


Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah

Kini diari baru bermula untuk tahun baru hijrah.  Semoga lebih banyak penghijrahan ke arah yang lebih baik dapat dilaksanakan pada tahun 1437 Hijrah.  Penuhkan pengisian diari hijrah dengan amalan baik, meningkatkan jati diri dan semangat kerohanian ke arah yang lebih baik secara berterusan disamping berusaha melakukan perubahan pada diri dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup dapat dihapuskan.

Selamat menyambut Maal Hijrah.  Semoga kita semua dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan oleh Allah.  Semoga kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.





13 Oktober 2015

Borak Petang Hujung Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Borak Petang Hujung Tahun


Sepetang kalau tidak dapat berborak memang tidak sah.  Rasanya seperti tidak lengkap waktu petang jika tidak dapat borak-borak.  Terutama bila tidak dapat borang dengan orang yang tersayang. Maklumlah kadang-kadang encik yang tersayang kerja sampai malam.  Borak melalui handphone tak puas.  Mesti nak tengok wajah dan dengar suara yang asli bukan suara yang diubah oleh 'mesin'.  

Bila dalam keadaan begini, terkenang pula macam manalah rasanya orang yang terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang.  


gambar hiasan

Petang ni merupakan petang terakhir tahun 1436 hijrah dan masuknya waktu maghrib nanti bermulalah tahun baru 1437 hijrah.  Agaknya sebab kekurangan promosi, kita pun tidak berapa nak ingat sangat mengenai sambutan hujung tahun dan awal tahun.  Yang tahunya esok cuti umum boleh berehat... 


Tidak banyak yang dapat nak diborakkan petang ni sebab mood nak bercuti esok sedang berlegar-legar di minda.  Macam-macam perancangan nak buat walaupun cuti satu hari.

Cukuplah dulu sembang-sembang petang untuk hari ini.  Selamat menyambut tahun baru 1437 hijrah.  

Carian