Pengikut Setia

24 Ogos 2015

Berada dalam kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berada dalam kebenaran


In shaa Allah, kita akan sentiasa berada dalam kebenaran selagi kita mendekatkan jasad dan rohani kita kepada Yang Maha Pencipta.  Sentiasa bersabar dengan setiap ujian serta berdoa dan mengharapkan bantuan hanya daripada Tuhan yang satu.


Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186
Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.  (QS. Al Baqarah: 186)

Semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya.



23 Ogos 2015

Orang yang memulakan salam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Orang yang memulakan salam


Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur.
(HR Al-Baihaqi)


Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sifat sombong dan takabbur.  Kita tiada apa-apa di dunia ini untuk dimegahkan.


22 Ogos 2015

Tidak mencaci makanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak mencaci makanan


Abu Hurairah menyatakan, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan walau sedikit pun.  Sekiranya beliau berselera, beliau memakannya.  Sedangkan sekiranya beliau tidak menyukainya, beliau meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)


Tidak mencaci makanan
Tidak mencaci makanan

Bagaimana dengan kita selama ini?

#peringatanbuat diri sendiri.






Carian