Pengikut Setia

22 Julai 2015

Wordless Wednesday | Banyakkan Istighfar

Assalamualaikum dan salam Syawal


Banyakkan Istighfar



Banyakkan Istighfar

~(@^_^@)~

Sempurna dengan 6 perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sempurna dengan 6 perkara

Nampak mudah sangat kan.  Segala-galanya boleh sempurna hanya dengan memenuhi 6 perkara. Tidaklah banyak sangat.

6 Perkara

6 Perkara


Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara (Syaqiq bin Ibrahim):

  1. senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya, 
  2. berbaik sangka terhadap sesama muslim, 
  3. Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain, 
  4. menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik, 
  5. menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan 
  6. berteman dengan orang yang ia anggap benar. 


Adakah semudah petik jari, 6 perkara itu mampu menyempurnakan hidup kita?  Tidak juga kan. Kita perlu cari dan tambah ilmu dengan acra berguru.  Selain dari itu istiqamah dalam berbuat baik turut memudahkan hidup kita.

Biar susah dahulu asal senang kemudian.


21 Julai 2015

Antara keluarga dan sahabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara keluarga dan sahabat


Keluarga... pastinya yang terdekat dengan kita kerana adanya pertalian darah yang erat.

Namun, bila terbaca petikan hikmah daripada al-Hasan al-Bashri ini rasanya kita sewajarnya bukan sahaja ahli keluarga tetapi sepatutnya menjadi sahabat juga kepada ahli keluarga kita yang lain. Kerana kita tidak mahu hanya mementingkan harta dunia semata-mata tetapi kita juga pentingkan harta akhirat... nun di sana cita-cita kita yang hakiki.

al-Hasan al-Bashri

Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi kedudukannya) daripada keluarga kami. Keluarga kami mengingatkan kami kepada dunia sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada akhirat.  (al-Hasan al-Bashri)

Kitalah keluarga, kitalah sahabat.


Carian